Norhayati Hassim, and Zaimah Ramli, (2022) Pengurusan kewangan generasi milenial di Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (2). pp. 1-13. ISSN 2600-9501
|
PDF
226kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...
Abstract
Pengurusan kewangan memainkan peranan utama kepada setiap individu, begitu juga kepada individu yang tergolong dalam golongan generasi milenial. Pengurusan kewangan yang tidak sistematik akan mendorong kepada masalah seperti ketirisan kewangan, penyelewengan dan ketidakstabilan kewangan. Perkara ini akan mendatangkan impak yang negatif terhadap generasi milenial untuk menguruskan kewangan dalam kehidupan seharian mereka dengan baik. Justeru kajian ini dilaksanakan ke atas golongan generasi milenial yang menetap di Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan. Objektif kajian adalah mengukur tahap pengurusan kewangan dalam kalangan generasi milenial di Seremban 2. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Teknik persampelan bertujuan diaplikasikan dalam pengutipan data. Jumlah sampelyang berjaya didapatkan ialah 49 orang generasi milenial. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapatigenerasi milenial masih berada di tahap yang sederhana dalam pengurusan kewangan mereka. Hal ini perlukan perhatian yang serius dan tindakan segera daripada pihak yang berautoriti. Semua ini penting untuk meningkatkan tahap kemahiran pengurusan kewangan dalam kalangan generasi milenial.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengurusan kewangan; Pengetahuan; Kemahiran; Sikap; Generasi milenial |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 19696 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Sep 2022 01:20 |
Last Modified: | 13 Sep 2022 01:18 |
Repository Staff Only: item control page