Noor Hidayah Azinzan, and Kartini Abd Wahab, (2022) Analisis ayat pasif bahasa Melayu dalam media sosial Facebook. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (2). pp. 1-14. ISSN 2600-9501
|
PDF
276kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...
Abstract
Kajian ayat pasif bahasa Melayu terdahulu tertumpu kepada jenis pasif dalam teks Melayu lama, karya sastera dan wacana akhbar. Walau bagaimanapun, selaras dengan kepesatan penggunaan media sosial, timbul persoalan tentang apakah jenis ayat pasif bahasa Melayu yang digunakan oleh netizen dalam media sosial? Sehubungan itu, satu kajian dijalankan untuk meneliti jenis, kekerapan dan faktor penggunaan ayat pasif bahasa Melayu dalam media sosial. Untuk tujuan tersebut, kajian ini memilih media sosial FacebookPen Merah Dot Com dan OHBULAN! sebagai sumber data kajian. Analisis deskriptif dijalankan ke atas data ayat pasif bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua halaman Facebook tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga jenis ayat pasif bahasa Melayu yang digunakan dalam kedua-dua halaman Facebook yang dikajiiaitu ayat pasif di-, ayat pasif ter- dan ayat pasif kena. Dari aspek kekerapan, ayat pasif di- mencatatkan kekerapan tertinggi, diikuti dengan ayat pasif kena dan ayat pasif ter-. Penggunaan ketiga-tiga jenis ayat pasif tersebut dipengaruhi oleh faktor jenis ganti nama, situasi kolokial dan makna ketidaksengajaan yang terkandung dalam ayat-ayat pasif yang digunakan oleh netizen. Kesimpulannya, penggunaan jenis ayat pasif bahasa Melayu dalam media sosial memperlihatkan kepelbagaian ayat yang digunakan oleh netizen untuk menyampaikan maksud dan buah fikiran.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ayat pasif; Bahasa Melayu; Media sosial; Facebook; Sintaksis |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 19699 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Sep 2022 01:42 |
Last Modified: | 13 Sep 2022 07:53 |
Repository Staff Only: item control page