Pengalaman trauma semasa zaman kanak-kanak dan pengaruhnya terhadap keyakinan diri remaja di Kuala Lumpur

Arifah Yusri, and Mohd Nasir Selamat, (2022) Pengalaman trauma semasa zaman kanak-kanak dan pengaruhnya terhadap keyakinan diri remaja di Kuala Lumpur. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (2). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
228kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Kes penderaan kanak-kanak saban tahun dilihat semakin meningkat dan membimbangkan. Kesan kepada penderaan tersebut telah memberikan kesan jangka panjang kepada kanakkanak terutama apabila mereka menempuh alam dewasa kelak. Keadaan berlarutan boleh menjadikan individu terbabit mengalami masalah seperti bersikap anti sosial, kemurungan dan lebih teruk terlibat dengan gejala sosial. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengalaman trauma semasa zaman kanak-kanak dan pengaruhnya terhadap keyakinan diri remaja di Kuala Lumpur. Lima dimensi utama digunakan untuk mengkaji trauma kanakkanak iaitu, penderaan fizikal, penderaan emosi, pengabaian fizikal, pengabaian emosi, dan juga penderaan seksual. Responden bagi kajian ini telah dipilih dalam kalangan pelajarpelajar sekolah menengah yang berada di tingkatan satu, dua, dan empat, yang sedang bersekolah di sekitar Kuala Lumpur. Pemilihan sekolah pula adalah dikhususkan kepada sekolah yang mempunyai ramai pelajar berlatar belakang keluarga B40. Soal selidik bagi kajian diedarkan secara dalam talian melalui guru-guru kaunselor untuk memudahkan pengumpulan responden. Pautan tersebut diberikan kepada semua pelajar, namun hanya pelajar yang mempunyai pengalaman menjadi mangsa dera sahaja yang dibenarkan untuk menjawab keseluruhan bahagian soal selidik dan bertepatan dengan teknik persampelan bertujuan yang digunakan oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati bahawa semua jenis trauma kanak-kanak iaitu penderaan fizikal, penderaan emosi, pengabaian fizikal, pengabaian emosi, dan juga penderaan seksual mempunyai hubungan korelasi yang sangat signifikan dengan keyakinan diri. Dimensi pengabaian emosi menunjukkan jenis trauma yang paling banyak dihadapi oleh remaja di Kuala Lumpur.

Item Type:Article
Keywords:Trauma kanak-kanak; Keyakinan diri; Penderaan fizikal; Penderaan emosi; Pengabaian emosi; Pengabaian fizikal; Remaja
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19700
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Sep 2022 01:48
Last Modified:13 Sep 2022 07:54

Repository Staff Only: item control page