Pandangan terhadap isu semasa di kawasan DUN Bukit Permai, Kulai, Johor

Miza Farhanah Bilal, and Junaidi Awang Besar, (2022) Pandangan terhadap isu semasa di kawasan DUN Bukit Permai, Kulai, Johor. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (2). pp. 1-17. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
361kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Isu semasa merupakan faktor penting yang perlu dijadikan bahan kempen oleh parti politik untuk mendapat sokongan pengundi dalam sesuatu pilihan raya. Pilihan raya merupakan elemen penting dalam menentukan tahap demokrasi sesebuah negara terutama bagi negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Malaysia. Oleh itu, adalah menjadi objektif penulisan artikel ini untuk menganalisis pandangan terhadap isu semasa di kawasan DUN Bukit Permai, Kulai, Johor. Kajian ini telah menggunakan beberapa kaedah seperti secara primer, sekunder dan penganalisisan data. Bagi kaedah primer, kajian ini akan menggunakan soal selidik yang terdiri daripada soalan tertutup untuk memudahkan proses menganalisis data menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Kajian ini juga akan menggunakan kaedah pemerhatian untuk mendapatkan serta menyokong maklumat tambahan supaya dapat menyokong dapatan kajian. Kajian kepustakaan dan kajian internet digunakan untuk mendapatkan bahan rujukan di perpustakaan dan internet iaitu dari segi maklumat berkaitan dengan tajuk. Hasil kajian mendapati terdapat lima isu yang selalu dibincangkan oleh penduduk setempat di kawasan kajian adalah isu pemulihan ekonomi/harga barang/inflasi/kos sara hidup, isu masalah sosial, peluang pekerjaan, pendidikan dan isu pembangunan setempat. Antara perkara yang dimahukan daripada kerajaan di kawasan kajian adalah berkenaan infrastruktur dan kemudahan. Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan moratorium pinjaman bank dapat membantu meringankan beban kos hidup golongan berpendapatan rendah dan pertengahan. Sebagai kesimpulan, kajian ini adalah penting untuk menambah ilmu pengetahuan, menambah data dan sumber rujukan berkaitan kajian politik pilihan raya dan dapat menjadi rujukan untuk parti politik dan kerajaan supaya dapat memimpin negara dengan lebih baik.

Item Type:Article
Keywords:Isu; Pemulihan ekonomi; Infrastruktur; Kerajaan; Kos hidup
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19701
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Sep 2022 03:27
Last Modified:13 Sep 2022 07:55

Repository Staff Only: item control page