Siasatan cukai di Malaysia : kajian penerokaan ke atas kes syarikat

Helmy Mohd Daud, and Rosiati Ramli, and Romlah Jaffar, and Mohd Mohid Rahmat, (2018) Siasatan cukai di Malaysia : kajian penerokaan ke atas kes syarikat. Asian Journal of Accounting and Governance, 10 . pp. 37-47. ISSN 2180-3838

[img]
Preview
PDF
350kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1139/showT...

Abstract

Di Malaysia, kajian ke atas siasatan cukai adalah terhad disebabkan oleh faktor kerahsian maklumat yang tinggi. Maka wujud jurang yang besar di antara amalan pentadbir cukai dan pengetahuan orang ramai terhadap kes-kes siasatan cukai, khususnya syarikat. Justeru kajian ini bertujuan mendedahkan strategi pengelakan cukai melalui pelarasan yang kerap dilakukan oleh syarikat, ciri-ciri syarikat yang disiasat, dan purata tempoh kes selesai. Ini merupakan kajian penerokaan menggunakan data kes siasatan cukai yang diperolehi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi tempoh 2012 hingga 2014. Daripada 838 kes, hasil mendapati bentuk pengelakan cukai yang paling kerap dilakukan adalah pelarasan jualan, melibatkan syarikat kecil dan sederhana dengan jualan di bawah RM500,000 setahun sebagai pelaku utama. Berdasarkan sektor, yang paling banyak disiasat ialah syarikat daripada perniagaan pemborong dan peruncit. Hasil kajian juga mendapati secara purata satu kes siasatan cukai diselesaikan dalam tempoh 22 bulan dengan majoriti kes melibatkan tempoh melebihi 18 bulan. Dapatan kajian ini menjadi asas untuk membantu penyelidik seterusnya mencari sebab mengapa siasatan cukai mengambil masa yang lama untuk diselesaikan yang memberi kesan negatif ke atas hasil kutipan cukai negara.

Item Type:Article
Keywords:Siasatan cukai; Strategi pengelakan cukai; Tempoh selesai kes siasatan cukai
Journal:Asian Journal of Accounting and Governance
ID Code:19721
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Sep 2022 03:36
Last Modified:15 Sep 2022 01:38

Repository Staff Only: item control page