Thilagavathy Apadore, and Rosiati Ramli, and Mohd Rizal Palil, (2018) Faktor-faktor mempengaruhi penyelesaian audit cukai : kajian dari perspektif Juruaudit cukai Malaysia. Asian Journal of Accounting and Governance, 10 . pp. 83-95. ISSN 2180-3838
|
PDF
493kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1139/showT...
Abstract
Cukai pendapatan merupakan sistem cukai yang dikenakan oleh Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ke atas pendapatan yang bercukai. Sejak tahun 2001, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Sistem Taksir Sendiri (STS) bagi syarikat diikuti dengan pembayar cukai individu pada tahun 2004. Audit cukai merupakan satu instrumen penting dalam STS kerana ia menggalakkan pematuhan cukai secara sukarela di kalangan pembayar cukai. Pematuhan cukai ini sentiasa dipantau oleh Juru Audit Cukai (JAC) dari LHDNM melalui proses Audit luar dan Audit meja. Mengikut Rangka Kerja Audit Cukai (RKAC)2015, sesuatu audit cukai perlu diselesaikan dalam tempoh masa 4 bulan bermulanya audit. Akan tetapi data dari Laporan Tahunan LHDNM 2008 hingga 2013 menunjukkan terdapat kes audit cukai yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada penyelesaian audit cukai dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh RKAC 2015. Kajian ini memfokuskan kepada audit luar sahaja. Bagi mencapai objektif utama kajian ini, borang soal selidik telah dihantar kepada 209 JAC dari LHDNM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara empat faktor yang dikaji dengan penyelesaian audit cukai dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh RKAC, iaitu pengetahuan JAC terhadap kerja audit, kerumitan transaksi perniagaan, penyimpanan rekod perniagaan dan kerjasama pembayar cukai. Hasil kajian bagaimanapun mendapati tiada hubungan yang signifikan antara saiz syarikat yang diaudit dan penyelesaian audit cukai dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh RKAC. Dapatan kajian ini menyumbang kepada literatur audit cukai dan menyarankan beberapa cadangan kepada LHDNM untuk menstrukturkan semula RKAC yang dilihat terlalu umum dengan mengambilkira faktor-faktor yang terbukti signifikan dalam kajian ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Rangkakerja audit cukai; Audit cukai; JAC |
Journal: | Asian Journal of Accounting and Governance |
ID Code: | 19725 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Sep 2022 04:19 |
Last Modified: | 15 Sep 2022 01:44 |
Repository Staff Only: item control page