Ketidakpatuhan standard kualiti kawalan dalaman dalam pengurusan perolehan kerajaan : faktor penyebab berlakunya fraud

Mohd Roslan Ismail, and Mohd Fairuz Md Salleh, (2022) Ketidakpatuhan standard kualiti kawalan dalaman dalam pengurusan perolehan kerajaan : faktor penyebab berlakunya fraud. Asian Journal of Accounting and Governance, 17 . pp. 27-46. ISSN 2180-3838

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1515

Abstract

Standard kualiti kawalan dalaman yang telah ditetapkan oleh Model COSO (Committee of Sponsoring Organizations of the Treadway Commission) dapat membantu Kerajaan Persekutuan membangunkan garis panduan dalam pengurusan perolehan kerajaan yang berkesan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti fraud di sepanjang alir kerja pengurusan perolehan kerajaan, menilai sejauh mana ketidakpatuhan standard kawalan dalaman dan mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya fraud. Kaedah menganalisis dokumentasi, temubual dan pemerhatian telah dijalankan bagi mengenalpasti fraud dan tahap pematuhan standard kualiti kawalan dalaman tersebut. Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2014 hingga 2016 telah dianalisis manakala sembilan (9) pegawai kerajaan yang terlibat dengan pengurusan perolehan kerajaan di Malaysia telah ditemubual dan diperhatikan secara harian. Kajian mendapati fraud sering berlaku di Zon B (penilaian) dan Zon C (pengesahan) dalam alir kerja pengurusan perolehan kerajaan secara sebut harga dan tender yang majoritinya terdiri daripada pegawai kerajaan di Gred 41 dan ke atas. Kajian ini juga mendapati terdapat pematuhan yang baik terhadap tiga (3) daripada lima (5) komponen standard kualiti kawalan dalaman tersebut kecuali maklumat dan komunikasi serta aktiviti pemantauan. Selain itu, faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya fraud dalam pengurusan perolehan kerajaan juga telah dikenalpasti merangkumi campurtangan kuasa politik, dasar-dasar kerajaan dan penguatkuasaan pekeliling-pekeliling khas. Kajian ini didapati boleh dijadikan asas baharu kepada Kerajaan Persekutuan dalam menambakbaik dan memastikan keberkesanan tadbir urus kawalan dalaman dalam pengurusan perolehan kerajaan seterusnya, meningkatkan perkhidmatan kerajaan kepada tahap yang lebih cemerlang.

Item Type:Article
Keywords:Standard kualiti kawalan dalaman; Pengurusan perolehan kerajaan; Fraud; Model COSO
Journal:Asian Journal of Accounting and Governance
ID Code:19733
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Sep 2022 06:39
Last Modified:15 Sep 2022 02:00

Repository Staff Only: item control page