Kehadiran interaksi supramolekul dalam sebatian polimer koordinatan baharu terbitan ligan N,N’-2,6-bis(3-piridilmetil)piridina dikarboksiamida

Nafisah Mansor, and Nur Shuhaila Haryani Haris, and Maisara Abdul Kadir, (2022) Kehadiran interaksi supramolekul dalam sebatian polimer koordinatan baharu terbitan ligan N,N’-2,6-bis(3-piridilmetil)piridina dikarboksiamida. Sains Malaysiana, 51 (6). pp. 1799-1810. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
622kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil6_...

Abstract

Kehadiran beberapa interaksi supramolekul seperti ikatan hidrogen dan susunan pi-pi adalah penting bukan sahaja untuk menstabilkan struktur molekul tetapi juga memainkan peranan sebagai molekul perumah. Oleh itu, dalam kajian ini, ligan berasaskan amida yang mempunyai bentuk U iaitu N,N’-2,6-bis(3-piridilmetil)piridina dikarboksiamida (L1) telah digunakan sebagai ligan yang berupaya membentuk ikatan hidrogen dengan anion, dan kajian ini berfokus kepada peranannya dalam keadaan polimer koordinatan. Sebagai permulaan, L1 ditindakbalas dengan beberapa logam peralihan melalui kaedah penyejatan perlahan untuk menghasilkan tiga polimer koordinatan yang baharu. Polimer koordinatan ini mempunyai formula molekul, {[Cd(L1)2(H2O)2](NO3)2.H2O}n (1), {[Cd(L1)2(H2O)2](ClO4)2}n (2) dan {[Co(L1)2(H2O)2](NO3)2}n (3) yang dicirikan melalui analisis unsur, FTIR spektroskopi dan kristalografi sinar-X. Polimer koordinatan 1, 2 and 3 menghablur dalam sistem triklinik dan kumpulan ruang P-1. Konformasi sebatian ini digambarkan sebagai logam-makrosiklik dinuklear yang tersusun seperti rantai leher. L1 didapati bersambung melalui logam pusat daripada atom nitrogen, secara berulang-ulang untuk membentuk jaringan satu dimensi. Struktur molekul sebatian baharu ini distabilkan oleh kehadiran ikatan hidrogen intermolekul dan intramolekul, yang terjadi di kawasan NH amida, serta susunan pi-pi di antara gelang aromatik piridina. Dalam struktur hablur ini juga, jaringan metilina membentuk ikatan hidrogen dengan kaunter anion pada moieti 2,6-piridina dikarboksamida, menunjukkan potensi sebagai sebatian penerima anion. Kajian DFT telah dijalankan untuk mengenal pasti tenaga interaksi kompleks.

Item Type:Article
Keywords:Ikatan hidrogen; Isomorfus; Penerima anion; Polimer koordinatan; Rantaian; 2,6-piridina dikarboksamida
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:19753
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Sep 2022 01:59
Last Modified:19 Sep 2022 06:58

Repository Staff Only: item control page