Pencirian dan perbandingan serbuk aloi titanium (Ti6Al4V) yang digunakan dalam Peleburan Laser Selektif (SLM)

Farhana Mohd Foudzi, and Fathin Iliana Jamhari, and Minhalina Ahmad Buhairi, (2022) Pencirian dan perbandingan serbuk aloi titanium (Ti6Al4V) yang digunakan dalam Peleburan Laser Selektif (SLM). Sains Malaysiana, 51 (6). pp. 1885-1894. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil6_...

Abstract

Ciri serbuk aloi titanium (Ti6Al4V) yang digunakan dalam pembuatan aditif logam (MAM) amat penting dalam menjamin mutu produk yang dihasilkan. Salah satu teknologi dalam MAM adalah Peleburan Laser Selektif (SLM). Mesin pencetakan SLM telah dibangunkan oleh beberapa syarikat seperti SLM Solutions Group AG dan Renishaw PLC. Bagi menjamin kualiti produk mesin masing-masing, setiap syarikat menghasilkan serbuk logam tersendiri. Hal ini membataskan potensi penggunaan SLM kerana pengguna tidak boleh menggunakan serbuk logam mereka sendiri. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan antara serbuk Ti6Al4V yang dihasilkan oleh SLM Solutions dan Renishaw, dan juga menentukan ciri serbuk Ti6Al4V yang sesuai untuk kaedah SLM. Pencirian sampel serbuk telah dilakukan bagi mengkaji bentuk dan saiz zarah, rencaman kimia dan struktur kristalografi. Sampel serbuk Ti6Al4V daripada SLM Solutions dan Renishaw masing-masing ditandakan sebagai S1 dan S2. Analisis SEM menunjukkan sampel S2 mempunyai bentuk sfera yang lebih sempurna berbanding sampel S1. Analisis rencaman kimia menunjukkan kedua-dua sampel mempunyai taburan unsur kimia yang serupa dengan nilai kajian lampau. Selain itu, analisis taburan saiz zarah menunjukkan saiz zarah S1 dan S2 adalah kurang daripada 45 μm dengan nilai tersebut masih dalam lingkungan yang boleh diterima dalam MAM iaitu 10 hingga 60 μm. Analisis XRD menunjukkan kedua-dua sampel mempunyai puncak keamatan dan struktur kristal berbentuk heksagon yang serupa. Diharapkan makalah ini dapat dijadikan panduan bagi mereka yang ingin menghasilkan sendiri serbuk Ti6Al4V bagi penggunaan proses fabrikasi SLM.

Item Type:Article
Keywords:Peleburan laser selektif (SLM); Pencirian serbuk logam; Ti6Al4V
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:19760
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Sep 2022 03:32
Last Modified:19 Sep 2022 07:07

Repository Staff Only: item control page