Perspektif pengunjung bagi tinjauan pengurusan di Taman Tamadun Islam, Terengganu

Siti Nor Fazirah Sulaiman, and Rosniza Aznie Che Rose, (2021) Perspektif pengunjung bagi tinjauan pengurusan di Taman Tamadun Islam, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (3). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
298kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Taman Tamadun Islam ialah sebuah kawasan pelancongan tersohor yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Sebagai taman yang mampu mencapai tahap pencampuran dua unsur iaitu seni warisan dan seni bina Islam yang dibuka pada 2008, taman ini menjadi antara destinasi kunjungan pelancong dalam dan luar negara. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai tahap pengunjung terhadap pihak pengurusan Taman Tamadun Islam. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti kekangan yang perlu dihadapi oleh pengunjung, menilai prespektif pengunjung terhadap pengurusan infrastruktur dan mengemukakan kaedah yang dilakukan oleh pihak pengurusan dalam penerimaan pengunjung. Kaedah yang digunakan ialah kuantitatif dan kualitatif melibatkan 78 responden dan 2 informan yang dijadikan sampel bagi kajian ini. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan kekangan yang dihadapi oleh pengunjung atau orang ramai ialah keadaan reka bentuk bangunan di dalam Taman Tamadun Islam dan kadar daya tarikan yang semakin pudar sehingga menyebabkan pengunjung cepat merasakan jemu. Ini menunjukkan taman tersebut belum mencapai tahap kepuasan pengunjung. Pihak pengurusan juga dicadangkan menggunakan langkah penambahbaikan dalam memastikan pengunjung yang datang akan kembali melawat pada masa akan datang. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan bahan rujuk kepada pihak pengurusan taman dan kerajaan negeri dalam memastikan destinasi ini dalam pilihan pengunjung kawasan tarikan pelancong domestik dan antarabangsa.

Item Type:Article
Keywords:Kepuasan pengunjung; Pelancongan; Pembinaan bangunan; Taman Tamadun Islam
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19769
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Sep 2022 03:34
Last Modified:19 Sep 2022 07:29

Repository Staff Only: item control page