Pandangan pengundi terhadap kerajaan negeri Terengganu dan kerajaan Persekutuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Nur Elya Syafika Kamarozaman, and Junaidi Awang Besar, (2021) Pandangan pengundi terhadap kerajaan negeri Terengganu dan kerajaan Persekutuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (3). pp. 1-29. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
440kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Pilihan raya adalah sebuah institusi penting terhadap pemerintahan negara demokrasi yang memberi pengiktirafan untuk memerintah sesebuah negara. Parti politik yang memenangi sesuatu pilihan raya akan membentuk kerajaan yang akan melaksanakan dasar yang dijanjikan dalam manifesto ketika kempen pilihan raya. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pandangan pengundi terhadap Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di kawasan DUN Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Bagi mencapai objektif kajian, kajian di lapangan dijalankan melibatkan pengedaran borang soal selidik kepada 100 orang responden serta temu bual terhadap tiga informan yang berkepentingan dalam politik. Selain itu, rujukan terhadap sumber sekunder yang berkaitan juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai kajian ini. Seterusnya, data daripada borang soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dipaparkan dalam bentuk jadual serta rajah. Hasil kajian mendapati bahawa sumber maklumat media elektronik dan media alternatif paling berpengaruh dan sering digunakan oleh responden untuk mendapatkan maklumat mengenai Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Selain itu, hasil kajian menunjukkan rakyat berpandangan bahawa pemerintahan Kerajaan Negeri menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai pemimpin dengan baik manakala pemerintahan di peringkat Kerajaan Persekutuan pula dilihat kurang memberangsangkan seperti yang diharapkan oleh rakyat. Seterusnya, impak program yang dijalankan oleh Kerajaan PAS di Negeri Terengganu dilihat diterima dan disambut baik oleh rakyat manakala di peringkat Kerajaan Persekutuan pula impak program yang dijalankan kurang mendapat sambutan dan penerimaan yang baik oleh rakyat. Justeru itu, kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada pengkaji akan datang seterusnya dapat memberi manfaat kepada pihak yang terlibat dalam dasar kerajaan sama ada pada peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan.

Item Type:Article
Keywords:Kerajaan; Pilihan raya; Parti politik; Manifesto; Pemerintahan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19770
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Sep 2022 03:36
Last Modified:19 Sep 2022 07:31

Repository Staff Only: item control page