Imam Bukhari dan Muslim sebagai tauladan pelajar hadis masa kini

Izzati Suhaimi, and Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, (2021) Imam Bukhari dan Muslim sebagai tauladan pelajar hadis masa kini. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (3). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
249kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Bilangan pelajar dalam pengajian ilmu hadith semakin bertambah. Perkara utama yang mesti dititikberatkan oleh pelajar ilmu hadith ialah adab dan sikap. Imam Bukhari dan Imam Muslim merupakan antara ulama hadith yang paling terkemuka dalam sejarah Islam. Perwatakan dan kesungguhan Imam Bukhari dan Imam Muslim merupakan tauladan terbaik supaya dapat dicontohi oleh pelajar dalam pengkhususan bidang hadith lebih-lebih lagi berkenaan adab dan sikap. Kaedah pembelajaran hadith juga semakin jauh dari tradisi para ulama hadith terdahulu lantaran perkembangan kemajuan teknologi yang menjadikan pelajar bidang hadith kini mengambil mudah terhadap pembawaan hadith dengan hanya merujuk kepada pelbagai aplikasi sahaja. Hal ini menyebabkan adab kurang diambil perhatian. Justeru, artikel ini mengenengahkan aspek-aspek yang wajar untuk diteladani oleh pelajar hadith zaman sekarang terhadap latar belakang dan pembawaan Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam dunia ilmu hadith. Kajian kualitatif ini menggunakan rekabentuk analisis dokumen. Dapat kajian menunjukkan terdapat tujuh perkara yang harus diambil iktibar dan diinsafi oleh pelajar hadith zaman sekarang dalam proses pembelajaran ilmu yang mulia ini seperti ulama yang terdahulu. Dengan itu, pelajar sekarang dapat mengimbangi antara memanfaatkan teknologi masa kini dengan pembawaan ahli hadith dalam Turath Islami.

Item Type:Article
Keywords:Pengajian ilmu hadith; Pelajar bidang hadih; Tauladan; Imam Bukhari; Imam Muslim
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19773
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Sep 2022 03:48
Last Modified:19 Sep 2022 07:34

Repository Staff Only: item control page