Perubahan politik di kawasan DUN Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan

Iqmal Hazzim Hairolnizam, and Junaidi Awang Besar, (2021) Perubahan politik di kawasan DUN Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (3). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
282kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Perubahan politik yang berlaku di kawasan DUN Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor memperlihatkan bahawa pertukaran tampuk kepimpinan daripada pemimpin dan parti Barisan Nasional (BN) kepada parti Pakatan Harapan (PH). Perubahan yang berlaku ini mengundang pelbagai persepsi daripada pengundi yang kemudiannya akan menjadi titik tolak terhadap pengekalan kuasa pemimpin dan parti yang berkuasa untuk penggal yang seterusnya di kawasan tersebut. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis perubahan politik di kawasan DUN Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data digunakan dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0. Hasil kajian mendapati bahawa 44 peratus responden beranggapan bahawa pemimpin pada masa kini mementingkan rakyat dan juga pada masa yang sama turut mementingkan diri. Seterusnya, 66 peratus responden berpandangan bahawa parti politik pada masa kini tidak berada pada landasan yang betul. Kemudian, 64 peratus responden bersetuju bahawa dinamika politik yang berlaku mempengaruhi mereka untuk mengubah pemimpin dan parti politik pada PRU akan datang. Hasil kajian juga mendapati bahawa 84 peratus responden menjangkakan bahawa parti Perikatan Nasional (PN) yang akan memenangi Pilihan Raya Umum akan datang pada peringkat DUN Batang Kali. Kesimpulannya, kajian ini penting bagi menyelami pandangan serta persepsi masyarakat terhadap pemimpin dan parti politik, menambah data terhadap kajian politik pilihan raya dan menjadi sumber rujukan serta panduan kepada pihak yang berkaitan bagi merancang strategi pelaksanaan dasar dan gerak kerja berkesan dalam urusan politik semasa.

Item Type:Article
Keywords:Perubahan politik; Persepsi pengundi; Parti politik; Pemimpin; Pengekalan kuasa
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19774
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Sep 2022 03:52
Last Modified:19 Sep 2022 07:36

Repository Staff Only: item control page