Aurat dalam perubatan

Muhammad Wafiyuddin Abdullah, and Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, (2021) Aurat dalam perubatan. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (3). pp. 1-9. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
223kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Setiap Muslim berkewajiban untuk menutup aurat. Ia bertujuan untuk menjaga kehormatan diri daripada dilihat oleh orang lain. Terdapat perbezaan batas antara sesama mahram dan bukan mahram. Namun, kepekaan masyarakat terhadap isu menutup aurat amatlah rendah lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan perubatan. Justeru, artikel ini menerangkan batas aurat dalam perubatan menurut perspektif Islam. Kesedaran masyarakat berkenaan batas dan kewajipan menutup aurat perlu dipertingkatkan terutamanya ketika menerima rawatan. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan rekabentuk analisis dokumen seperti buku, jurnal dan artikel. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian kajian mendapati umat Islam wajib menutup aurat iaitu daripada paras pusat hingga lutut bagi lelaki manakala seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua telapak tangan bagi wanita. Selain itu, terdapat juga kelonggaran berkaitan aurat iaitu aurat boleh dibuka bagi tujuan perubatan kerana ianya dikategorikan sebagai rukhsah tetapi mempunyai had dan batasan yang telah digariskan oleh syarak seperti bukaan aurat hanya pada tempat yang ingin dirawat sahaja.

Item Type:Article
Keywords:Aurat; Batas; Perubatan; Rukhsah; Wajib
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19775
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Sep 2022 03:55
Last Modified:19 Sep 2022 07:38

Repository Staff Only: item control page