Budaya konsumerisme dalam kalangan penggemar Korea Pop (KPOP)

Norafiqah Shahirah Ayob, and Azlina Abdullah, (2021) Budaya konsumerisme dalam kalangan penggemar Korea Pop (KPOP). Jurnal Wacana Sarjana, 5 (3). pp. 1-16. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
232kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Perkembangan arus globalisasi pada hari ini telah menyebabkan berlakunya penyebaran budaya dengan mudah dalam kalangan masyarakat pada hari ini terutamanya budaya dari Korea Selatan iaitu melalui industri hiburan muzik Kpop. Berkembangnya sub budaya Kpop dalam masyarakat pada hari ini terutamanya dalam kalangan remaja telah memberi kesan terhadap budaya konsumerisme terhadap produk-produk Kpop secara meluas. Oleh itu, tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti faktorfaktor dan kesan-kesan budaya konsumerisme dalam kalangan penggemar Kpop. Kaedah penelitian dalam kajian ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif. Teknik pengumpulan data yang digunakan adalah temu bual dan pemerhatian tidak ikut serta yang dijalankan di platform media massa. Sampel kajia dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Manakala proses analisis data kualitatif yang dikutip dilakukan melalui tiga peringkat iaitu penyaringan data, pengelompokan dan persembahan data. Hasil kajian mendapati bahawa faktor-faktor yang telah diterapkan oleh golongan kapitalis merangkumi faktor individu, faktor lingkungan dan faktor media massa yang mana telah memberi kesan keatas tingkah laku konsumerisme penggemar Kpop. Antara kesan positif adalah dapat meningkatkan motivasi pengguna untuk bekerja keras. Manakala kesan negatif adalah ke atas kewangan pengguna.

Item Type:Article
Keywords:Konsumerisme; Sub budaya Kpop; Kapitalis; Kesan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19776
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Sep 2022 03:57
Last Modified:19 Sep 2022 07:39

Repository Staff Only: item control page