Analisis kaedah menghilangkan kemudaratan dalam penstrukturan semula pembiayaan Islam

Erfan Asmaie Khairul Anam, and Abdul Basir Mohamad, and Mohammad Zaini Yahaya, (2022) Analisis kaedah menghilangkan kemudaratan dalam penstrukturan semula pembiayaan Islam. Journal of Contemporary Islamic Law, 7 (1). pp. 14-25. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
540kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Penstrukturan semula pembiayaan merupakan salah satu kemudahan yang sudah biasa ditawarkan oleh institusi perbankan Islam untuk memberi keringanan kepada pelanggan yang berhadapan dengan bebanan dan masalah kewangan. Kemudahan ini dilihat mampu mengurangkan serta menghilangkan kemudaratan yang berlaku khususnya kepada pelanggan dalam situasi tertentu seperti bencana. Namun, sejauh manakah kemudahan ini dapat mencapai matlamat dan mengaplikasikan kaedah tersebut. Matlamat utama kajian ini adalah untuk menganalisis kaedah menghilangkan kemudaratan dalam penstrukturan semula pembiayaan Islam. Tujuan kaedah ini dikenal pasti adalah untuk melihat sejauh mana kebajikan dan keprihatinan institusi perbankan Islam dalam menjaga kepentingan dan kemaslahatan pelanggan khususnya ketika berlaku bencana alam dan kemalangan yang memerlukan kepada perancangan serta pengurusan kewangan yang lebih teratur. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis kandungan. Data-data dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah menghilangkan kemudaratan telah diaplikasikan dalam penstrukturan semula pembiayaan melalui beberapa kaedah pecahan sama ada melibatkan pertembungan situasi umum dan khusus, kemudaratan besar dan ringan, atau kemudaratan dan kemaslahatan. Kemudaratan yang berlaku secara umum dan lebih besar atau ditanggung oleh masyarakat keseluruhannya sudah pasti lebih diutamakan daripada kemudaratan yang berlaku secara khusus atau kepada bank selagi mana tidak menyebabkan institusi perbankan lumpuh dan gagal. Walau bagaimanapun, kemudahan yang diberikan dengan sebab kemudaratan yang berlaku itu perlu ditentukan kadarnya agar kepentingan dan keadilan kedua-dua belah pihak terpelihara.

Item Type:Article
Keywords:Keringanan; Kemudaratan; Penstrukturan semula; Pembiayaan Islam; Keuntungan berganda
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19779
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Sep 2022 04:38
Last Modified:19 Sep 2022 07:50

Repository Staff Only: item control page