Pembangunan wakaf Dhurri : penubuhan syarikat keluarga ke arah kelestarian sumber ekonomi

Jasni Sulong, and Muhammad Syamir Izzuddin Zulkifli, (2022) Pembangunan wakaf Dhurri : penubuhan syarikat keluarga ke arah kelestarian sumber ekonomi. Journal of Contemporary Islamic Law, 7 (1). pp. 26-34. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
513kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Perbincangan mengenai wakaf akhir-akhir ini menjadi semakin menarik apabila melibatkan konsep yang semakin bersifat dinamik demi kelestarian pembangunan harta. Dahulu, kita sering mendengar isu-isu wakaf dalam konteks harta yang beku dan jumud sahaja, hari ini kita dapati banyak inovasi yang telah berlaku. Isu ekonomi ke atas harta wakaf keluarga menjadi topik yang hangat diperdebatkan berikutan konflik yang sering berlaku ketika menguruskannya yang akhirnya menjadi punca perbalahan dan tanah pun terbiar. Artikel ini bertujuan mengkaji konsep wakaf keluarga (dhurri) dan pembangunannya sebagai metod memajukan hartanah keluarga. Pada masa yang sama, kajian ini akan menilai isu dan penyelesaian bagi konflik yang berlaku. Kajian ini juga bertujuan menjelaskan satu model pengurusan wakaf keluarga yang berkesan. Penyelidikan ini lebih menggunakan pendekatan bersifat kajian kepustakaan dengan merujuk pada kitab-kitab fiqh tradisional, nas al-Quran dan Hadis serta undang-undang semasa. Analisis secara kandungan dilakukan dengan meneliti sandaran teori yang digabungkan dengan dapatan daripada amalan dan praktis terbaik. Dapatan kajian merumuskan bahawa wakaf keluarga penting untuk dimanfaatkan di bawah pengurusan yang terancang supaya dapat menjamin kelestarian pendapatan dan ekonomi kepada waris yang terlibat. Maqasid Islam ketika mengharuskan pelaksanaannya adalah bagi memastikan institusi keluarga dapat tampungan sumber harta yang kekal sebagai sumber sekunder dalam perbelanjaan bulanan. Pada masa yang sama ia merupakan sumbangan pahala yang berterusan daripada wakif kepada generasi keluarganya daripada jatuh miskin dan meminta-minta dengan manusia lain.

Item Type:Article
Keywords:Pembangunan; Wakaf keluarga; Hartanah; Maqasid; Kelestarian
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19780
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Sep 2022 04:44
Last Modified:19 Sep 2022 07:51

Repository Staff Only: item control page