Cadangan Prosedur Operasi Standard (SOP) tangkapan dan tahanan inividu autisme untuk Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) di Malaysia

Zuliza Mohd Kusrin, and Zahidah Dahalan, and Wafaa’ Yusof, and Mohd Al Adib Samuri, and Nurul Ilyana Muhd Adnan, and Zaini Nasohah, and Roseliza Murni Ab Rahman, (2022) Cadangan Prosedur Operasi Standard (SOP) tangkapan dan tahanan inividu autisme untuk Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) di Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, 7 (1). pp. 52-61. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
488kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Individu autisme merupakan mereka yang mengalami kecelaruan perkembangan neuro dalam sistem saraf otak dan menyebabkan defisit yang signifikan terutama dalam interaksi sosial dan komunikasi. Situasi ini menjadikan mereka berperilaku berlainan dengan individu tipikal dan sebahagiannya cenderung kepada pelanggaran undang-undang tanpa disedari. Oleh itu di Malaysia, satu Prosedur Operasi Standard (SOP) Khas Autisme Polis untuk tangkapan dan tahanan individu autisme yang disyaki melanggar undang-undang, telah dikuatkuasakan pada tahun 2019 untuk jenayah di bawah bidang kuasa Persekutuan. Namun, belum terdapat SOP untuk tangkapan dan tahanan individu autisme yang disyaki melanggar undang-undang bagi kesalahan jenayah syariah di peringkat negeri. SOP yang berbeza itu perlu diwujudkan kerana struktur sistem perundangan di Malaysia memisahkan bidang kuasa jenayah di peringkat persekutuan dan negeri. Justeru, objektif kajian ini bertujuan mencadangkan garis panduan SOP tangkapan dan tahanan individu autisme yang disyaki melanggar undang-undang jenayah syariah untuk penguat kuasa agama (PPA) negeri-negeri di Malaysia. Metodologi kajian adalah melalui analisis dokumen, perbincangan meja bulat (RTD) dan perbincangan kumpulan fokus (FGD) bersama pengamal perundangan Islam, penguat kuasa agama, pakar autisme dan guru pendidikan khas di Malaysia. Data terkumpul kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati cadangan garis panduan SOP tangkapan dan tahanan untuk individu autisme bagi kegunaan penguat kuasa agama ini perlulah diperinci dan sesuaikan dengan prilaku individu autisme melalui prosedur khusus, tahanan khusus, bukti dokumentasi serta rujukan undang-undang berkaitan.

Item Type:Article
Keywords:SOP; Tangkapan; Autisme; Undang-undang syariah; Penguat kuasa agama
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19782
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Sep 2022 06:18
Last Modified:19 Sep 2022 07:53

Repository Staff Only: item control page