Wafaa’ Yusof, and Muhammad Hariz Muqri Azmi, (2022) Pelaksanaan hukuman mati di Malaysia menurut perspektif hukum jenayah Islam. Journal of Contemporary Islamic Law, 7 (1). pp. 62-74. ISSN 0127-788X
|
PDF
535kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jcil/
Abstract
Malaysia masih kekal melaksana hukuman mati dalam sistem perundangan jenayah negara. Namun, usul untuk menyemak semula undang-undang berkaitan pelaksanaan hukuman mati bermula sejak tahun 2013. Segelintir masyarakat di Malaysia tidak berpuashati terhadap pelaksanaan hukuman mati dan mencetus idea semakan ini. Undang-undang jenayah Islam tercalit sama dalam kebangkitan idea ini apabila ia dianggap suatu undang-undang yang melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia berkaitan hak perlindungan diri dan nyawa dari sebarang bentuk penyiksaan, hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Justeru, artikel ini dipersembahkan untuk membincangkan kedudukan hukuman mati menurut Islam yang jelas disebut dalam nas-nas al-Quran dan sunnah Rasulullah secara qatcῑ. Pandangan dan hujah para fuqaha dianalisis untuk menjelaskan justifikasi Islam mengekalkan hukuman mati ini. Konsep pelaksanaan hukuman mati menurut perundangan jenayah di Malaysia dan undang-undang jenayah Islam dianalisis secara perbandingan untuk menilai kedudukan penguatkuasaan hukuman mati di kedua-dua bidangkuasa perundangan ini. Data kajian ini dikumpul secara kualitatif dan dianalisis secara diskriptif dan perbandingan. Kajian mendapati terdapat beberapa kepincangan dalam pelaksanaan hukuman mati di Malaysia berbanding dengan pelaksanaannya menurut undang-undang jenayah Islam. Jika pelaksanaan hukuman mati di Malaysia mematuhi ketetapan undang-undang jenayah Islam, nescaya suatu hukuman yang adil dan saksama mampu dicapai.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pelaksanaan; Hukuman mati; Undang-undang; Jenayah dan Islam |
Journal: | Journal of Contemporary Islamic Law |
ID Code: | 19783 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Sep 2022 06:49 |
Last Modified: | 19 Sep 2022 07:55 |
Repository Staff Only: item control page