Sabitan dan hukuman berkaitan pemandu mabuk menurut hukum syarak

Amira Adila Sabri, and Wafaa’ Yusof, (2022) Sabitan dan hukuman berkaitan pemandu mabuk menurut hukum syarak. Journal of Contemporary Islamic Law, 7 (1). pp. 75-84. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
502kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Kerancakan kes kemalangan yang mencanak naik akibat pemanduan mabuk di Malaysia mencetuskan pelbagai desakan serta usaha daripada pelbagai pihak. Meskipun pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dikuatkuasakan, namun bilangan kes tetap bertambah. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis hukum syarak dan perundangan Islam dalam menangani isu ini. Beberapa aspek disoroti iaitu konsep undang-undang jenayah mabuk dan minum arak, kecederaan dan bunuh, falsafah hukuman serta elemen pencegahan menerusi fiqah al-jināyat. Permasalahan asas melibatkan penentuan hukuman yang bersesuaian turut dibincangkan. Metodologi bagi kajian ini adalah kualitatif. Data bagi kajian ini diperoleh menerusi kaedah kepustakaan dan dianalisis secara tematik dan deskriptif. Kajian ini mendapati bahawa ketegasan syariat Islam dalam menangani jenayah tidak hanya ketika mana berlakunya jenayah dan hukuman, namun seiring dengan pembelaan seadilnya. Kajian ini penting kerana ia menjelaskan nilai sebenar perundangan Islam yang mempunyai nilai-nilai perundangan yang cukup signifikan dan relevan untuk diaplikasikan ke atas perundangan sedia ada.

Item Type:Article
Keywords:Hukuman; Mabuk; Hudud; Qisas; Undang-undang Islam
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19784
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Sep 2022 06:59
Last Modified:19 Sep 2022 07:57

Repository Staff Only: item control page