Penguatkuasaan penghakiman sita dan jual : pelaksanaan dan kekangan di Mahkamah Syariah

Mohd Hazwan Ismail, and Jasni Sulong, (2022) Penguatkuasaan penghakiman sita dan jual : pelaksanaan dan kekangan di Mahkamah Syariah. Journal of Contemporary Islamic Law, 7 (1). pp. 91-101. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
470kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Pelaksanaan sitaan sangat jarang berlaku di Mahkamah Syariah kerana tidak banyak kes-kes berkaitan kewangan yang terlibat, melainkan kes tunggakan hutang nafkah isteri dan anak. Kegagalan seorang bekas suami atau bapa dalam membayar nafkah boleh menjejaskan kehidupan harian seorang isteri atau anak. Dalam Islam, kegagalan membayar nafkah ini boleh menyebabkan terjadinya hutang dan hukumnya adalah wajib dibayar. Banyak berlaku kes kegagalan bekas suami atau bapa dalam membayar nafkah sekalipun telah diperintahkan oleh mahkamah syariah. Justeru, objektif dalam makalah ini adalah bertujuan membincangkan pelaksanaan dan kekangan yang terdapat dalam mengeluarkan penghakiman sitaan dari mahkamah untuk menuntut tunggakan nafkah. Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan dan juga melalui temubual. Selain itu, metod pemerhatian juga digunakan untuk melihat sendiri secara praktikalnya penyitaan dibuat dan dihuraikan kes-kes berdasarkan kajian kes. Dapatan kajian mendapati, bermula dari tahun 2017 sehingga 2021 adalah sebanyak 16 kes sitaan yang berjaya didaftarkan. Daripada 16 tersebut, 8 kes berjaya dilaksanakan apabila kes sitaan tersebut diterima oleh mahkamah. Namun, terdapat kekangan untuk melaksanakannya apabila sebanyak 4 kes ditolak oleh mahkamah kerana hakim beralasan bahawa kes yang telah diperintahkan dari Saman Penghutang Penghakiman perlu kepada Notis Penghakiman. Daripada 16 kes itu juga, secara majoritinya tuntutan jenis hutang yang dibuat adalah tunggakan nafkah anak. Dan terakhir adalah, agensi yang terlibat dalam mengendalikan kes penyitaan adalah peguam swasta sebanyak 4 kes manakala agensi kerajaan dari Bahagian Sokongan Keluarga adalah sebanyak 12 kes.

Item Type:Article
Keywords:Sitaan; Tunggakan nafkah; Perundangan; Mahkamah Syariah
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19786
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Sep 2022 07:11
Last Modified:19 Sep 2022 08:02

Repository Staff Only: item control page