Norhasimah Shaharuddin, and Tamat Sarmidi, and Abu Hassan Shaari Md Nor, and Mohd Hafiz Abd. Wahab, (2018) Pembangunan kewangan, ICT dan jurang pendapatan : bukti empirikal data panel dinamik. Jurnal Ekonomi Malaysia, 52 (2). pp. 123-136. ISSN 0127-1962
|
PDF
840kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jem/issue/v52i2/
Abstract
Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan salah satu strategi pembangunan di era globalisasi. Motivasi kajian ini adalah untuk menyediakan bukti empirikal mengenai hubungan pembangunan kewangan, jurang pendapatan dan pembangunan ICT. Walaupun teori menyatakan bahawa pembangunan kewangan dan juga ICT dilihat dapat mengurangkan jurang pendapatan, namun bukti empirikal terdahulu menunjukkan keputusan yang pelbagai. Oleh itu kajian ini bertujuan menganalisis interaksi antara pembangunan kewangan dengan ICT bagi menguji adakah kesan pembangunan kewangan ke atas jurang pendapatan dikuatkan dengan adanya infrastruktur ICT yang baik ataupun sebaliknya. Kajian ini menggunakan pendekatan panel dinamik kaedah momen teritlak (GMM) untuk 69 buah negara dari tahun 1980-2014. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesan interaksi antara pembangunan kewangan dengan ICT ke atas 69 buah negara terpilih adalah positif dan signifikan menunjukkan bahawa kesan pembangunan kewangan terhadap ketidaksamaan pendapatan tidak membantu dalam mengurangkan jurang pendapatan dengan adanya pengaruh ICT. Namun begitu, pembangunan kewangan dan juga kemajuan dalam ICT merupakan faktor penting bagi pembangunan ekonomi. Oleh itu, keperluan terhadap faktor-faktor lain seperti pembangunan sumber manusia yang berkemahiran juga perlu diambil kira bagi memastikan pembangunan kewangan dan kemajuan ICT memberi manfaat dalam mengurangkan ketidakseimbangan agihan pendapatan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pembangunan kewangan; Ketidaksamaan jurang pendapatan; ICT dan panel dinamik |
Journal: | Jurnal Ekonomi Malaysia |
ID Code: | 19798 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 15 Sep 2022 01:02 |
Last Modified: | 21 Sep 2022 06:50 |
Repository Staff Only: item control page