Impak pembangunan homestay dalam kalangan komuniti Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Malaysia

Norlida Hanim Mohd Salleh, and Suhaya Samad, (2018) Impak pembangunan homestay dalam kalangan komuniti Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 52 (2). pp. 199-208. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
737kB

Official URL: https://www.ukm.my/jem/issue/v52i2/

Abstract

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada asasnya ditubuhkan atas tujuan untuk mengatasi masalah kemiskinan yang disebabkan oleh ketiadaan tanah pertanian untuk menjana pendapatan. Kini, melalui rancangan tersebut masalah utama dapat diatasi, malah dalam usaha meningkatkan pendapatan petani, pelbagai usaha terus dilakukan. Pelbagai bentuk penglibatan diceburi oleh peneroka antaranya penglibatan komuniti FELDA dalam program homestay. Penyertaan dalam program homestay bukan sahaja berjaya menangani masalah ketiadaan penyediaan perkhidmatan penginapan pelancongan yang terpencil, tetapi dapat menjana pendapatan tambahan kepada komuniti selain membawa beberapa impak tambahan. Kajian ini bertujuan menganalisa impak yang diperoleh komuniti secara empirikal dengan melibatkan diri dalam program ini. Impak yang dikaji merangkumi empat (4) aspek iaitu ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar. Kajian ini berasaskan kerja lapangan dengan berbantukan soal selidik sebagai instrument kajian. Sejumlah 161 responden terlibat dalam temu bual ini di beberapa lokasi homestay di seluruh Semenanjung Malaysia. Pemilihan sampel adalah secara rawak berstrata. Analisis mean digunakan untuk tujuan menilai impak yang diperoleh selain dibantu oleh ujian ANOVA sehala dan ujian Post Hoc Turkey HSD. Hasil kajian mendapati bahawa program homestay yang diceburi sememangnya membawa impak positif kepada pengusaha dari segi impak ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar. Secara berbanding impak ekonomi adalah lebih tinggi diperoleh Homestay Semenchu, Mata Ayer dan Sg. Klah berbanding homestay lain, manakala dari segi impak budaya, homestay Mata Ayer, Semenchu dan Jengka pula mengatasi lain-lain homestay. Dari segi impak alam sekitar pula faedah yang dinikmati oleh pengusaha Homestay Sg. Klah adalah paling tinggi. Bagi impak sosial, kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan ketara antara kesemua homestay kajian. Oleh kerana penglibatan dalam program homestay dapat membawa impak yang signifikan kepada pengusaha, galakan dan bantuan daripada kerajaan dan pihak FELDA adalah diperlukan. Pengusaha homestay juga boleh menjadikan homestay yang memperoleh impak yang tinggi seperti Homestay Semenchu, Mata Ayer, Jengka dan Sg. Klah sebagai model bagi membangunkan homestay mereka.

Item Type:Article
Keywords:FELDA; Homestay; Impak; Penglibatan komuniti; Malaysia
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:19804
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Sep 2022 01:41
Last Modified:21 Sep 2022 06:58

Repository Staff Only: item control page