Pengurusan risiko bencana : membentuk kesedaran komuniti terhadap peredaan dan persiapan

Noor Azmi Mohd Zainol, and Nur Hidayah Roslan, and Rosmiza Mohd Zainol, and Safar Yaacob, (2022) Pengurusan risiko bencana : membentuk kesedaran komuniti terhadap peredaan dan persiapan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 18 (2). pp. 48-62. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
311kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1523

Abstract

Kejadian bencana merupakan suatu insiden yang sukar untuk ditetapkan waktu, lokasi, dan impaknya. Kesannya hanya dapat dilihat selepas insiden daripada statistik jumlah korban dan kemusnahan fizikal. Insiden ini kadangkala turut menyebabkan bencana teknologi atau naturalhazard triggered technological accidents (NATECH). Kesannya berkemungkinan mencetuskan letupan, kebakaran, kemusnahan tempat-tempat simpanan kimia, loji pemprosesan dan jajaran paip gas/petroleum, reaktor nuklear, pelepasan toksid dan sebagainya. Hal ini menjadikan komuniti amat terdedah sekiranya tidak ditekankan kepentingan tindakan pencegahan melalui peredaan (mitigation) dan persiapan (preparedness) bagi menghadapi bencana. Keupayaan ini akan memudahkan fasa seterusnya dalam pengurusan bencana, iaitu fasa tindakbalas (response) dan pemulihan (recovery). Oleh itu, objektif kajian ini bertujuan: (i) mengenal pasti elemenelemen utama dalam fasa peredaan dan persiapan menghadapi bencana; dan (ii) mencadangkan kerangka bagi pengukuran fasa pencegahan dan persiapan menghadapi bencana. Pembentukan kerangka ini merupakan gabungan penganalisisan dokumen, serta temu bual, pemerhatian dan perbincangan kumpulan fokus terhadap 129 responden di Penampang, Sabah; Miri dan Bintulu, Sarawak; Port Dickson, Negeri Sembilan; Daerah Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang; Petaling Jaya dan Shah Alam, Selangor; dan Daerah Hulu Perak, Perak. Dapatan kajian ini menemukan beberapa elemen utama iaitu pengetahuan, pengalaman, sikap, pendedahan serta kesedaran bertindakbalas yang mempengaruhi persepsi individu terhadap bencana dan memberi kesan terhadap aktiviti peredaan dan persiapan dalam menghadapi bencana. Kajian ini dijangkakan dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan dalam pengurusan bencana bagi merangka dan merekabentuk modul-modul aktiviti dan kurikulum latihan/pendidikan berkaitan peredaan dan persiapan dalam pengurusan bencana khususnya NATECH.

Item Type:Article
Keywords:Bencana alam; Komuniti; NATECH pengurusan bencana; Peredaan; Persiapan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:19815
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 00:46
Last Modified:24 Sep 2022 23:36

Repository Staff Only: item control page