Kesan pandemik COVID-19 terhadap jaminan bekalan makanan di Malaysia

Nurul Izzati Mohd Ali, and Kadaruddin Aiyub, and Lam, Kuok Choy and Saraswathy Kasavan, and Rusinah Siron, and Sharif Shofirun Sharif Ali, (2022) Kesan pandemik COVID-19 terhadap jaminan bekalan makanan di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 18 (2). pp. 155-171. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
466kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1523

Abstract

Pandemik Covid-19 telah mengakibatkan masalah global yang lebih besar terutama dari segi jaminan bekalan makanan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh dunia. Malaysia tidak berkecuali terkesan dengan pandemik Covid-19 dan telah memperlahankan aktiviti sektor ekonomi termasuk sektor pertanian. Oleh itu, kertas kajian ini membincangkan secara mendalam mengenai kesan pandemik Covid-19 terhadap jaminan bekalan makanan di Malaysia terutama dari aspek penawaran dan permintaan bekalan makanan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan analisis dokumen rasmi dan tidak rasmi untuk mendapatkan maklumat mengenai jaminan bekalan makanan semasa pandemik Covid-19. Semasa PKP berlangsung, terdapat petani tempatan yang menghadapi masalah lambakan hasil pertanian akibat penutupan beberapa sektor sokongan seperti peruncitan, pengangkutan dan perkhidmatan makanan. Rantaian dalam sektor pertanian turut terjejas kerana kekurangan input pertanian dan tenaga buruh. Keadaan ini bertambah sukar apabila ketidakcukupan kemudahan penyimpanan bahan makanan mentah dan ia menyebabkan hasil pertanian menjadi rosak. Pada masa yang sama, permintaan bekalan makanan dalam kalangan masyarakat terus meningkat semasa pelaksanaan PKP kerana berlakunya pembelian panik terhadap barang keperluan asas. Kajian ini juga mengutarakan cadangan ke arah meningkatkan kestabilan jaminan bekalan makanan negara terutamanya dalam menghadapi sebarang krisis.

Item Type:Article
Keywords:Covid-19; Jaminan bekalan makanan; Permintaan makanan; Penawaran makanan; Sekatan perdagangan antarabangsa; Sektor pertanian
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:19823
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 01:37
Last Modified:24 Sep 2022 23:48

Repository Staff Only: item control page