Budaya konsumerisme dalam majlis perkahwinan orang Melayu dalam situasi pandemik Covid-19

Mohd Khairuddin Mohad Sallehuddin, (2022) Budaya konsumerisme dalam majlis perkahwinan orang Melayu dalam situasi pandemik Covid-19. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 18 (2). pp. 264-277. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
615kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1523

Abstract

Semua pasangan pengantin mahukan majlis perkahwinan mereka dilaksanakan secara gilang-gemilang. Gilang-gemilang bermaksud majlis perkahwinan itu perlu dipenuhi dengan komoditi dan perkhidmatan perkahwinan impian yang disediakan oleh pihak industri perkahwinan selari dengan konsep perkahwinan hanya berlaku seumur hidup sekali sahaja. Kajian ini berkaitan dengan pelaksanaan majlis perkahwinan normal baharu semasa pandemik Covid-19 yang sememangnya berbeza dengan pelaksanaan majlis perkahwinan orang Melayu sebelum pandemik Covid-19 yang sebelum ini bertunjangkan kepada pelaksanaan majlis perkahwinan impian. Kertas konsep ini telah menggunakan kaedah analisa kandungan ke atas bahan-bahan ilmiah seperti jurnal dan surat khabar yang berkaitan dengan pelaksanaan majlis perkahwinan orang Melayu sebelum pandemik Covid-19 dan semasa pandemik Covid-19. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat empat impak yang ketara dalam pelaksanaan majlis perkahwinan normal baharu kini, iaitu (1) pelaksanaan majlis perkahwinan perlu mematuhi SOP yang telah dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO); (2) perkahwinan secara dalam talian; (3) perkahwinan semata-mata mematuhi tuntutan agama; dan (4) kos perkahwinan lebih murah. Keadaan ini memperlihatkan bahawa dalam situasi pandemik Covid-19, orang Melayu sebenarnya boleh untuk melaksanakan majlis perkahwinan yang sederhana dan mengikut syarak tanpa memenuhi tuntutan adat yang dilihat kini lebih berkiblatkan kepada budaya kebendaan yang menuntut kepada aktiviti kepenggunaan untuk melaksanakannya.

Item Type:Article
Keywords:Budaya; Konsumerisme; Rites de passage; Perkahwinan; Komoditi; Covid-19
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:19831
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 02:59
Last Modified:24 Sep 2022 23:57

Repository Staff Only: item control page