Penerimaan pengundi Melayu terhadap kepelbagaian parti politik di kawasan DUN Pekan Nanas, Tanjong Piai, Johor

Hishamudin Jamiludin, and Junaidi Awang Besar, (2021) Penerimaan pengundi Melayu terhadap kepelbagaian parti politik di kawasan DUN Pekan Nanas, Tanjong Piai, Johor. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (4). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
834kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Pertambahan parti politik yang berlaku dalam arena politik Malaysia terutama sekali sekitar antara tahun 2008 sehingga tahun 2018 jelas telah merancakkan lagi perebutan kerusi Parlimen dan DUN dalam pilihan raya umum untuk meneraju kepimpinan negara dan negeri. Isu pemimpin politik lompat parti juga merancakkan lagi suasana dalam arena politik Malaysia. Perubahan ini sememangnya mempunyai banyak kebaikan antaranya akan muncul ramai muka baru dalam sistem kepimpinan negara dan banyak hak rakyat yang akan diperjuangkan. Antara faktor yang mendorong terjadinya pertambahan parti politik adalah hilangnya persefahaman dalam kalangan pemimpin dalam parti politik, keinginan rakyat untuk memacu perubahan dalam sistem pemerintahan negara serta beberapa isu sensitif yang melibatkan nama besar dalam pentadbiran kerajaan. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan kertas kerja ini untuk menganalisis penerimaan pengundi Melayu terhadap kepelbagaian parti politik di kawasan DUN Pekan Nanas, Tanjong Piai, Johor. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik di lapangan dan rujukan sumber sekunder untuk menyokong hasil kajian lapangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden memilih rumah sendiri sebagai tempat untuk mereka berbincang berkaitan politik. Berikutnya majoriti responden memilih parti yang memiliki trek rekod yang baik sebagai kriteria parti politik yang mereka sokong. Responden yang bersetuju bahawa mereka akan tetap menyokong parti politik asal yang disokong sejak lama walaupun terjadi pertambahan parti kerana mereka setia dengan parti yang mereka sokong. Responden yang tidak bersetuju dengan pertambahan parti politik kerana kewujudan pelbagai parti politik boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat dan boleh mencetuskan pergaduhan. Justeru, hasil kajian ini diharap dapat dijadikan panduan dan rujukan untuk parti politik untuk menambah baik perkhidmatan dan strategi mahupun matlamat mereka untuk memperoleh sokongan pengundi seterusnya dapat memperkayakan data dan maklumat kajian berkaitan geografi politik dari semasa ke semasa.

Item Type:Article
Keywords:Parti politik; Pilihan raya umum; Pemimpin politik; Isu; Geografi politik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19834
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 03:49
Last Modified:25 Sep 2022 00:03

Repository Staff Only: item control page