Hubungan di antara gaya perapatan, orientasi keagamaan dan kemurungan di kalangan pelajar IPT

Maryam Qistina Nur-Rahman Ahmad Nazri, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, (2021) Hubungan di antara gaya perapatan, orientasi keagamaan dan kemurungan di kalangan pelajar IPT. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (4). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
244kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Isu kemurungan merupakan isu kesihatan mental yang berlaku di seluruh dunia tidak mengira bangsa dan agama. Namun perkara ini tidak boleh dibiarkan terjadi kerana kemurungan bukan sahaja penyakit mental malahan ianya akan membawa kepada gejala membunuh diri. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara gaya perapatan, orientasi keagamaan dan kemurungan di kalangan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah survei. Teknik persampelan yang digunakan ialah teknik persampelan mudah dan seramai 424 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan merupakan adaptasi daripada soal selidik ujian Experience in Close Relationship (ECR) untuk mengukur Gaya Perapatan. Seterusnya alat ujian Religious Orientation Scale (ROS) digunakan untuk mengukur dan mengenalpasti orientasi keagaamaan individu, dan akhir sekali ialah Beck Depression Inventory (BDI) untuk mengukur kemurungan. Soal selidik yang digunakan telah diubahsuai berdasarkan kepada keperluan kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 11.5. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Manakala analisis korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya perapatan tidak selamat dengan kemurungan. Orientasi keagamaan ekstrinsik juga didapati berhubungan signifikan dengan kemurungan. Kajian ini dapat memberi sumbangan kepada ibu bapa agar dapat mempraktikkan gaya perapatan selamat. Kajian ini juga sedikit sebanyak dapat membantu ahli psikologi dalam menganalisis data terbaru untuk mengenalpasti hubungan orientasi keagamaan dan gaya perapatan dengan kemurungan.

Item Type:Article
Keywords:Psikologi; Gaya perapatan; Orientasi keagamaan; Kemurungan; Pelajar IPT
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19835
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 03:56
Last Modified:25 Sep 2022 00:04

Repository Staff Only: item control page