Cabaran industri pelancongan serta impak terhadap faktor ekonomi di sekitar Kuah

Nur Halimatul Yasmin Yaacop, and Rosniza Aznie Che Rose, (2021) Cabaran industri pelancongan serta impak terhadap faktor ekonomi di sekitar Kuah. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (4). pp. 1-24. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
311kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Kajian ini membincangkan cabaran dan kesan dihadapi oleh penduduk yang terlibat dengan sektor ekonomi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika situasi penyebaran wabak penyakit pandemik Covid-19. Kawasan kajian yang diberi tumpuan ialah di Kuah, Langkawi. Isu ini sering dikaitkan dengan penduduk tempatan yang mana ianya dikatakan telah menjejaskan sektor utama pekerjaan mereka. Oleh itu, dengan kajian yang dijalankan ini pengkaji dapat mengetahui impak sebenar yang dihadapi oleh penduduk tempatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dari segi pekerjaan, pendapatan, kuasa beli, simpanan dan perbelanjaan bulanan. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ialah melalui pembacaan ilmiah untuk mengukuhkan lagi data primer yang diperoleh. Manakala dari segi pengumpulan data primer melibatkan pemerhatian, kajian soal selidik dan menemubual pihak berkepentingan. Sampel kajian terdiri daripada 51 orang responden di pilih secaea rawak dalam kalangan penduduk tempatan yang terlibat dengan sektor ekonomi di Kuah. Hasil kajian menunjukkan penurunan jumlah pelancong yang datang ke Langkawi menyebabkan sektor ekonomi yang diceburi telah terjejas selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Waktu bekerja, kuasa beli dan perbelanjaan mereka turut menjadi lebih terhad dari sebelumnya. Pihak berkepentingan telah melaksanakan beberapa usaha untuk membantu penduduk tempatan yang terjejas ketika pandemik Covid-19. Usaha ini akan meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk tempatan.

Item Type:Article
Keywords:Cabaran industri pelancongan; Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); Pandemik Covid-19; Sektor ekonomi; Usaha pihak berkepentingan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19838
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 04:09
Last Modified:25 Sep 2022 00:08

Repository Staff Only: item control page