Ketidakfleksibelan psikologi dan tingkah laku penangguhan akademik : peranan set minda

Wardatul ‘Aisyah Mohammad, and Rozainee Khairuddin, (2021) Ketidakfleksibelan psikologi dan tingkah laku penangguhan akademik : peranan set minda. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (4). pp. 1-19. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
253kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Tingkah laku penangguhan akademik merupakan tingkah laku di mana seseorang pelajar menundakan aktiviti akademik mereka seperti membuat laporan, mengadakan temu janji bersama pensyarah, mengulang kaji pelajaran dan sebagainya. Tingkah laku ini tidak asing lagi dalam kalangan pelajar universiti termasuk di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengkaji tahap tingkah laku penangguhan dalam kalangan mahasiswa di Malaysia dan menganalisis perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan. Selain itu, kajian ini juga mengukur hubungan antara ketidakfleksibelan psikologi dan tingkah laku penangguhan akademik. Seterusnya, peranan set minda sebagai mediator antara ketidakfleksibelan psikologi dan tingkah laku penangguhan akademik merupakan tujuan bagi kajian ini. Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah secara kuantitatif. Soal selidik diedarkan dalam bentuk Google Form. Seramai 427 responden daripada IPT di Malaysia telah menjawab soal selidik yang diberikan. Hasil kajian mendapati bahawa tahap tingkah laku penangguhan akademik dalam kalangan pelajar adalah sederhana dan tiada perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Ketidakfleksibelan psikologi mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku penangguhan akademik dan set minda kekal mempunyai peranan sebagai mediator antara ketidakfleksibelan psikologi dan tingkah laku penangguhan akademik. Implikasi kajian ialah dapatan dapat dimanfaatkan oleh pihak tertentu bagi menangani penangguhan akademik dalam kalangan pelajar universiti.

Item Type:Article
Keywords:Ketidakfleksibelan psikologi; Set minda kekal; Tingkah laku penangguhan akademik; Mediator; Mahasiswa
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19839
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 04:16
Last Modified:25 Sep 2022 00:09

Repository Staff Only: item control page