Pengetahuan pedagogi guru dan amalan empati Sejarah dalam kalangan pelajar sekolah menengah

Aidah Edin, and Mohd Mahzan Awang, and Abdul Razaq Ahmad, and Santhi Pillai, (2021) Pengetahuan pedagogi guru dan amalan empati Sejarah dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (4). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
233kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Penyelidikan berkaitan pedagogi guru sejarah adalah disarankan bagi meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran. Justeru, kajian dalam aspek pengetahuan isi kandungan dapat memupuk amalan empati dalam diri pelajar sekolah menengah. Dalam hal ini, penerapan empati sejarah menggunakan bukti sejarah dapat membina persfektif masa lalu untuk menimbulkan pemikiran kritis dalam diri pelajar. Objektif kajian ialah menentukan tahap kompetensi guru daripada aspek pengetahuan isi kandungan Sejarah, menilai pengetahuan pedagogi guru sejarah dalam aspek pengetahuan isi kandungan Sejarah dan penerapan amalan empati sejarah dalam diri pelajar sekolah menengah. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan yang melibatkan 90 orang guru Sejarah dari sekolah-sekolah menengah di negeri Sabah dan seramai 1000 orang pelajar tingkatan 4 dengan teknik persampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik digunakan dalam proses pengumpulan data. Implikasi kajian ini dapat memaklumkan kepada guru Sejarah dan pihak berkenaan tentang tahap kompetensi pengetahuan guru-guru Sejarah dalam melaksanakan nilai empati Sejarah di bilik darjah..Cadangan daripada hasil kajian ini bahawa guru Sejarah perlu meningkatkan kompetensi pengetahuan pedagogi bagi memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar pembelajaran abad 21 seperti pendekatan masteri . Selain itu ,pengetahuan guru dalam melaksanakan aktiviti berfikir dapat menyumbang kepada perubahan pendekatan serta kaedah pengajaran guru dalam bilik darjah berdasarkan aspek kurikulum, pedagogi dan juga pentaksiran. Oleh itu, guru perlu bersedia untuk menguasai ilmu pembelajaran abad ke-21 dengan suasana norma baharu.

Item Type:Article
Keywords:Pedagogi; Norma; Empati; Persfektif; Kuantitatif
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19840
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 04:38
Last Modified:25 Sep 2022 00:10

Repository Staff Only: item control page