Impak media sosial terhadap persahabatan

Siti Aisyah Norazman, and Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, (2021) Impak media sosial terhadap persahabatan. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (4). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
293kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Fitrah manusia dalam kehidupan perlukan sahabat. Persahabatan merupakan hubungan atau ikatan kasih sayang yang terlahir di antara dua orang individu atau lebih atas pelbagai faktor. Dengan kepesatan teknologi, persahabatan bukan sahaja terjalin di dunia nyata secara fizikal malah hubungan persahabatan juga terjalin di alam maya melalui media sosial. Persahabatan secara maya mendatangkan pelbagai impak positif dan negatif. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji berkenaan impak media sosial terhadap persahabatan. Bagi mencapai objektif kajian ini, metode kualitatif iaitu metod penyelidikan perpustakaan dan analisa data telah digunakan. Kajian ini mendapati terdapat banyak impak negatif berbanding impak positif berkenaan penggunaan media sosial terhadap hubungan persahabatan. Antara impak positifnya ialah kesalingterhubungan, mengatasi masalah kesunyian, mengelakkan tekanan perasaan dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Manakala impak negatifnya pula seperti menimbulkan rasa tidak puas hati, berada dalam keadaan bahaya, berpotensi kehilangan kawan yang sebenar, sukar untuk mempercayai seseorang, harapan palsu dan niat yang boleh diragui.

Item Type:Article
Keywords:Persahabatan; Media sosial; Alam maya; Impak positif; Impak negatif
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19842
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 04:54
Last Modified:25 Sep 2022 00:12

Repository Staff Only: item control page