Hubungan antara gaya kepimpinan, penghargaan kendiri dan komitmen organisasi mahasiswa-mahasiswi dari universiti penyelidikan di Malaysia

Goh, Ling Kern and Mohd Nasir Selamat, (2021) Hubungan antara gaya kepimpinan, penghargaan kendiri dan komitmen organisasi mahasiswa-mahasiswi dari universiti penyelidikan di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (5). pp. 1-16. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
267kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Kajian telah menunjukkan bahawa gaya kepimpinan memberi pengaruh kepada tahap komitmen pengikut dalam organisasi kerja. Faktor psikologikal seperti penghargaan kendiri juga memainkan peranan yang penting dalam sebuah organisasi. Kegagalan kepimpinan akan memberi impak negatif kepada pengikut dan organisasi seperti menjejaskan produktiviti serta prestasi sehingga menjadi bebanan organisasi secara keseluruhannya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang hubungan antara gaya kepimpinan, penghargaan kendiri dan komitmen organisasi dalam kalangan mahasiswa yang menyertai organisasi pelajar di lima universiti penyelidikan di Malaysia. Gaya kepimpinan telah dikategorikan kepada gaya kepimpinan transformasional, gaya kepimpinan transaksional dan gaya kepimpinan Laissez-Faire dalam kajian ini. Manakala komitmen organisasi pula dibahagikan kepada komitmen afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif. Borang soal selidik telah diedarkan secara persampelan bertujuan kepada seramai 107 responden yang menyertai organisasi pelajar. Keputusan analisis korelasi menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasional berhubungan secara positif dan signifikan dengan penghargaan kendiri dan ketiga-tiga dimensi komitmen organisasi. Gaya kepimpinan transaksional pula tidak berhubungan secara signifikan dengan tahap penghargaan kendiri dan tahap komitmen organisasi. Gaya kepimpinan Laissez-Faire menunjukkan hubungan negatif dan signifikan dengan penghargaan kendiri dan ketiga-tiga dimensi komitmen organisasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasional adalah digalakkan untuk diaplikasikan dalam kepimpinan organisasi, manakala gaya kepimpinan Laissez-Faire harus dielakkan.

Item Type:Article
Keywords:Gaya kepimpinan; Penghargaan kendiri; Komitmen organisasi; Mahasiswa-mahasiswi; Universiti penyelidikan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19844
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 07:21
Last Modified:25 Sep 2022 01:00

Repository Staff Only: item control page