Kefahaman pelajar Institut Pengajian Tinggi mengenai harta pusaka dalam Adat Perpatih

Muhammad Irham Kamarulzaman, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, (2021) Kefahaman pelajar Institut Pengajian Tinggi mengenai harta pusaka dalam Adat Perpatih. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (5). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
234kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Kajian ini mengenai kefahaman kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) terhadap harta pusaka di Negeri Sembilan. Harta pusaka amat berkaitan dengan adat perpatih yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Pewarisan harta pusaka dalam adat perpatih berbeza dengan pewarisan harta pusaka negeri Melayu yang lain di Malaysia. Permasalahan kajian mengenai ketidakkefahaman kalangan pelajar di peringkat IPT terhadap pewarisan harta pusaka dalam adat perpatih. Objektif kajian ini menganalisis mengenai kefahaman kalangan pelajar di peringkat IPT terhadap pewarisan harta pusaka dalam adat perpatih. Metodologi kajian menggunakan dua pendekatan berasas campuran iaitu pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam usaha memperolehi data. Kedua kaedah ini menggunakan kajian lapangan dan kajian kepustakaan. Kajian lapangan menggunakan beberapa teknik pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Kajian lapangan dijalankan di kawasan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. Teknik temu bual separa struktur digunakan terhadap informan yang terpilih. Borang soal selidik telah diedarkan kepada seramai 326 responden. Kajian ini juga disokong dengan data sekunder yang diperolehi kajian kepustakaan. Data kajian diproses dan disaring menggunakan teknik analisis tematik dan analisis SPPS. Hasil dapatan mendapati di kalangan pelajar IPT masih ada yang tidak sepenuhnya memahami tentang pengamalan harta pusaka dalam Adat Perpatih. Justeru, kajian ini diharap dapat menambahkan lagi kefahaman pelajar mengenai harta pusaka dalam Adat Perpatih.

Item Type:Article
Keywords:Adat Perpatih; Harta; melayu; Perwarisan; Pusaka
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19845
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 07:39
Last Modified:25 Sep 2022 01:01

Repository Staff Only: item control page