Persepsi masyarakat terhadap dasar kesejahteraan semasa pandemik dalam kalangan komuniti rentan Kota Damansara, Selangor

Norihan Tajudin, and Junaidi Awang Besar, (2021) Persepsi masyarakat terhadap dasar kesejahteraan semasa pandemik dalam kalangan komuniti rentan Kota Damansara, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (5). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
447kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Pertambahan kes COVID-19 di Malaysia masih tinggi walaupun telah setahun berlalu. Hal ini telah memberikan pelbagai implikasi kepada rakyat Malaysia khasnya golongan rentan yang berpendapatan rendah, tinggal di perumahan sempit di bandar, mempunyai pekerjaan tidak tetap dan sebagainya. Bagi menjaga kesejahteraan rakyat, dari awal penularan pandemik, kerajaan telah menyediakan kemudahan kewangan seperti bantuan PRIHATIN, I-Lestari dari KWSP dan moratorium. Justeru, kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi atau respon penduduk terhadap dasar kesejahteraan rakyat ini. Responden terdiri dari kalangan B40 yang tinggal di kawasan bandar perumahan flat kos rendah di Kota Damansara. Metodologi yang dipilih ialah kajian tinjauan borang soal-selidik atas talian dan seramai 261 responden berjaya menjawab dengan baik. Kaedah persampelan mudahtelah digunakan. Sebanyak 15 kawasan flat telah ditinjau. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden berpendidikan dan pendapatan rendah telah menunjukkan respon positif iaitu 96.2% responden bersetuju dengan bahawa bantuan PRIHATIN amat membantu semasa tempoh pandemik; 90.9% responden besetuju bahawa kemudahan pengeluaran wang KWSP iaitu i-Lestari semasa tempoh wabak amat efektif; 89.7% responden bersetuju dengan kemudahan moratorium; 95.8% berharap kerajaan akan menambah peruntukan untuk golongan B40; 96.2% berharap dasar kerajaan ditambah baik untuk kebajikan rakyat berpendapatan rendah dan 96.9% akan menyokong kerajaan yang menjaga kesejahteraan rakyat. Kajian ini memberikan implikasi bahawa rakyat sangat menghormati kerajaan yang memahami nasib mereka. Kesimpulannya kajian ini telah menunjukkan sokongan rakyat terhadap kerajaan dalam menjaga kesejahteraan sosial supaya tidak terkesan teruk akibat pandemik.

Item Type:Article
Keywords:Golongan rentan; Pandemik COVID-19; Kemudahan kewangan; Kesejahteraan sosial
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19846
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 07:46
Last Modified:25 Sep 2022 01:02

Repository Staff Only: item control page