Kajian literasi media dalam kalangan pelajar terhadap isu kontroversi Malaysia dan Indonesia di media sosial

Trinovella Elvionita, and Shahrul Nazmi Sannusi, (2021) Kajian literasi media dalam kalangan pelajar terhadap isu kontroversi Malaysia dan Indonesia di media sosial. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (5). pp. 1-17. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
340kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Isu-isu kontroversi antara Malaysia dan Indonesia sering mendapatkan perhatian dalam media sosial. Isu-isu kontroversi berlaku kerana kekurangan keupayaan dan kemahiran literasi media serta pengendalian diri yang dimiliki oleh pengguna media.Kajian ini adalah untuk melihat bagaimana kemampuan dan tahap literasi media yang dimiliki oleh pelajar dalam menanggapi isu-isu kontroversi diantara Malaysia dan Indonesia. Kajian ini memberi penekanan kepada prinsip yang terdapat dalam Teori Literasi Media oleh James W. Potter tahun 2004. Teori ini menjelaskan bahawaseseorangindividu mesti memiliki struktur pengetahuan, pengendalian diri, kebolehan dan kemahiran serta aliran kerja pemprosesan maklumat dalam menggunakan dan berhubungan dengan media.Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan kaedah perbincangan kumpulan fokus, yang memilih sepuluh pelajar Malaysia dan sepuluh pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil penyelidikan mendapati bahawa media memainkan peranan penting sebagai alat untuk menyebarkan dan menimbulkan kontroversi. Kemahiran literasi media setiap orang adalah berbeza bergantung pada bagaimana dia ingin belajar dengan baik supaya ia tidak mudah terjejas oleh kesan negatif media. Oleh itu, media harus mempunyai kredibiliti yang baik serta mengikuti asas-asas jurnalistik dalam penyebaran berita, sehingga berita yang disebarkan dapat dipercayai dan tidak menimbulkan kontroversi. Dengan meningkatnya kemampuan literasi media, ia akan mampu mengelakkan daripada timbul kontroversi yang dicetuskan oleh kalangan netizen terhadap isu-isu sensitif yang melibatkan dua negara.

Item Type:Article
Keywords:Literasi media; Media sosial; Netizen; Kreadibilliti; Isu kontroversi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19849
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 08:19
Last Modified:25 Sep 2022 01:05

Repository Staff Only: item control page