Laras bahasa dalam ‘aplikasi Facebook Polis daerah Penampang’

Putri Nur Hanissha Hasyim, and Harishon Radzi, (2021) Laras bahasa dalam ‘aplikasi Facebook Polis daerah Penampang’. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (5). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
234kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Laras bahasa merupakan salah satu topik yang meluas difokus sebagai tajuk kajian dalam bidang linguistik kerana pelbagai aspek boleh disentuh yang melibatkan pelbagai data. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memaparkan laras bahasa yang digunakan dalam laman Facebook Polis Daerah Penampang, Sabah, negeri di bawah Bayu. Kajian ini menggunakan pendekatan Ure & Ellis sebagai panduan untuk memastikan data yang dikumpul dapat dianalisis secara tepat dan sahih. Objektif kajian ini ialah i) mengenal pasti laras bahasa yang digunakan dalam laman Facebook Polis Daerah Penampang berdasarkan teori Ure & Ellis; ii) mengklasifikasikan ciri keperihal berdasarkan teori Ure &Ellis. Kaedah kajian melibatkan kajian teks iaitu mendapat data melalui posting-posting yang dimuat naik di laman Facebook Polis Daerah Penampang sebagai sumber data utama terutamanya berkaitan fenomena pandemik Covid-19. Hasil kajian mendapati bahawa laman Facebook Polis Daerah Penampang ini menggunakan laras biasa dan laras berita dalam menyampaikan maklumat-maklumat di setiap posting yang dilakukan. Kajian ini membuktikan wujudnya latar budaya masyarakat negeri Sabah kerana Penampang merupakan salah sebuah daerah di negeri Sabah.

Item Type:Article
Keywords:Laras bahasa; Kosa kata; Pandemik; Facebook; Covid-19
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19850
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 08:23
Last Modified:25 Sep 2022 01:06

Repository Staff Only: item control page