Pembentukan istilah COVID-19 di media sosial : analisis sosioterminologi

Nur Ayu Zahira Mazlan, and Junaini Kasdan, (2021) Pembentukan istilah COVID-19 di media sosial : analisis sosioterminologi. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (5). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
262kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Sejak jangkitan pertama COVID-19 pada tahun 2019, pelbagai istilah baharu muncul bagi menjelaskan konsep-konsep yang berkaitan, supaya segala arahan atau maklumat tentang penyakit ini dapat difahami dengan baik, bukan sahaja oleh pengamal dalam bidang tetapi juga oleh masyarakat awam. Menyedari akan peri pentingnya istilah-istilah ini, maka kajian ini bertujuan mengenal pasti istilah dan pola istilah baharu COVID-19 yang digunakan oleh KKM melalui media sosial Twitter KKM Portal MyHealth, dengan berpandukan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM). Hasil kajian mencatatkan sebanyak 62 istilah COVID-19 yang digunakan secara aktif oleh KKM. Hasil membandingkan istilah yang dikenal pasti dengan pangkalan data istilah DBP pula mendapati sebanyak 15 istilah merupakan istilah lama yang digunakan dalam pelbagai bidang, 27 istilah COVID-19 telah diberikan padanan bahasa Melayunya dan 20 istilah merupakan istilah baharu yang tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP tetapi digunakan secara produktif oleh KKM. Tinjauan daripada aspek pola pembentukan istilah, kajian mendapati pengguna istilah lebih cenderung menggunakan istilah bahasa Melayu atau gabungan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hakikatnya, pendekatan sosioterminologi menjelaskan bahawa pembentukan istilah baru tidak perlu hanya bergantung kepada badan yang diberikan kepada badan tertentu, sebaliknya dapat dilakukan olehpengguna bahasa dengan mematuhi pedoman yang ditetapkan. Kajian seumpama ini penting untuk membantu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Item Type:Article
Keywords:COVID-19; Peristilahan; Sosioterminologi; Pembentukan istilah; PUPIBM
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19851
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 08:26
Last Modified:25 Sep 2022 01:07

Repository Staff Only: item control page