Gaya bahasa dalam ucapan Menteri Keselamatan Negara Malaysia semasa pandemik COVID-19

Nursabrina Yahya, and Harishon Radzi, (2021) Gaya bahasa dalam ucapan Menteri Keselamatan Negara Malaysia semasa pandemik COVID-19. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (5). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
310kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Negara Malaysia yang dilanda wabak pandemik Covid-19 telah menimbulkan keresahan rakyat. Jadi, dalam menangani wabak ini pihak kerajaan telah menggunakan platform media siaran langsung yang diwakili oleh Menteri Keselamatan Negara (MKN) untuk menyampaikan maklumat sahih kepada rakyat. Sehubungan dengan itu, penelitian kajian ini berfokus terhadap penggunaan gaya bahasa dalam ucapan Menteri Keselamatan Negara Malaysia semasa pandemik Covid-19. Objektif pertama kajian ini ialah mengklasifikasikan kekerapan penggunaan gaya bahasa dalam ucapan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Berikutnya, objektif kedua ialah untuk menghuraikan gaya bahasa yang digunakan dalam ucapan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengikut isu penting wabak pandemik Covid-19. Kaedah penelitian mendapatkan data menggunakan pendekatan deskriptif kualitatif yang kemudiannya dianalisis berdasarkan kerangka Gorys Keraf. Sumber data daripada Youtube telah ditranskripsi dalam bentuk teks. Hasil penelitian telah menemui dua jenis gaya bahasa yang digunakan termasuklah gaya bahasa yang kerap digunakan berdasarkan pilihan kata iaitu gaya rasmi dan gaya bahasa berdasarkan nada iaitu gaya sederhana serta mulia dan bertenaga. Ternyata penggunaan gaya bahasa tertentu Menteri Keselamatan Negara (MKN) sewaktu menyampaikan makluman Covid-19 dalam media siaran langsung telah mewujudkan ciri khas dalam dirinya. Selain itu, kajian ini dapat membuktikan bahawa gaya bahasa memainkan peranan tersendiri sebagai unsur penyerlahan menyampaikan maklumat berdasarkan konteks tertentu. Tambahan pula, pandemik Covid-19 merupakan satu wabak yang sangat berbahaya yang turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Gaya bahasa; Pandemik; Covid-19; MKN; Youtube
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19852
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 08:31
Last Modified:25 Sep 2022 01:08

Repository Staff Only: item control page