Adaptasi budaya Melayu dalam kalangan masyarakat Iban di Lumut, Perak

Debbie Andrew, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, (2021) Adaptasi budaya Melayu dalam kalangan masyarakat Iban di Lumut, Perak. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (5). pp. 1-6. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
185kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Makalah ini mengenai masyarakat Iban yang menetap di Lumut, Perak. Kajian ini bertujuan mengkaji mengenai adaptasi budaya Melayu dalam kalangan masyarakat Iban yang telah migrasi disebabkan pekerjaan. Permasalahan kajian ini adalah bagaimana kalangan masyarakat Iban boleh menerima budaya Melayu dan adaptasi dalam kehidupan seharian. Objektif kajian ini adalah menganalisis mengenai adaptasi budaya Melayu dalam kalangan masyarakat Iban di Lumut, Perak. Metodologi penyelidikan kajian ini menggunakan penyelidikan kualitatif. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan dan temubual dalam usaha memperoleh data yang berkaitan dengan penyelidikan. Kajian ini juga disokong dengan bahan sekunder yang diperolehi daripada kajian keperpustakaan. Hasil dapatan mendapati budaya yang diamalkan oleh masyarakat Iban sebelum ini tidak menjejaskan identiti dan jati diri. Hasil kajian menjelaskan budaya yang masyarakat Iban amalkan telah diadaptasikan mengikut kesesuaian dan persekitaran mereka. Masyarakat Iban di Lumut, Perak dapat menjalani kehidupan dengan aman dan tanpa ada prasangka terhadap masyarakat tempatan. Sumbangan kajian ini dapat memberi penambah baik kosa ilmu pengetahuan dan menjelaskan kepada generasi muda masyarakat Iban perlu keluar daripada lingkungan kehidupan mereka.

Item Type:Article
Keywords:Adaptasi; Identiti; Jati diri; Kesesuaian; Ilmu pengetahuan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19853
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 08:34
Last Modified:25 Sep 2022 01:09

Repository Staff Only: item control page