Kesalahan penggunaan imbuhan bahasa Melayu dalam Instagram

Tengku Nur Syamila Tengku Din, and Kartini Abd Wahab, (2021) Kesalahan penggunaan imbuhan bahasa Melayu dalam Instagram. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (5). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
243kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang kesalahan imbuhan bahasa Melayu dalam media sosial. Setiap ayat dalam kapsyen di media sosial tidak semestinya menggunakan bentuk kata daripada proses pengimbuhan yang betul dan ia boleh menyukarkan pemahaman pengguna media sosial yang lain. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk merungkai permasalahan yang timbul mengenai penggunaan imbuhan yang sering digunakan dalam media sosial. Objektif kajian adalah untuk menganalisis kekerapan jenis kesalahan imbuhan dalam penulisan kapsyen Instragram dan perkaitannya dengan aspek gramatikal. Kajian ini merupakan kajian morfologi yang menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kuantitatif melibatkan pemerhatian dan analisis kapsyen ke atas 30 akaun Instagram untuk meneliti kekerapan kesalahan penggunaan imbuhan. Kaedah kualitatif pula diterapkan dalam perbincangan kesalahan penggunaan imbuhan dan hubung kaitnya dari segi gramatikal. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga jenis kesalahan imbuhan bahasa Melayu dalam Instagram yang dikaji iaitu imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Dari segi kekerapan, kesalahan imbuhan yang tertinggi ditemui adalah kesalahan imbuhan akhiran iaitu 44%,diikuti imbuhan awalan 16.92% dan apitan sejumlah 15.38%. Setiap jenis kesalahan tersebut mempunyai hubung kait darisegi kegramatisan khususnya makna ayat dan juga hubungan kohesif dan koherensi dalamkapsyen yang digunakan. Hal ini kerana perubahan suatu bentuk kata itu apabila mengalami proses pengimbuhan akan memberi kesan terhadap perubahan makna gramatikal dan makna konteks satuan ayat tersebut. Kesimpulannya, penggunaan imbuhan yang salah dapat mempengaruhi makna sebenar ayat yang ingin disampaikan dalam sesuatu kapsyentersebut.

Item Type:Article
Keywords:Morfologi; Kesalahan imbuhan; Bahasa Melayu; Media sosial; Instagram
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19854
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2022 08:38
Last Modified:25 Sep 2022 01:10

Repository Staff Only: item control page