Ciri-ciri program kerja sosial yang berkesan untuk memenuhi piawaian pendidikan kerja sosial

Nurzaimah Asalal, and Haris Abd Wahab, (2019) Ciri-ciri program kerja sosial yang berkesan untuk memenuhi piawaian pendidikan kerja sosial. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (4). pp. 1-19. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
375kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1185

Abstract

Keperluan praktis kerja sosial untuk menangani isu sosial seperti penderaan kanak-kanak, jenayah dalam kalangan kanak-kanak, pengabaian warga tua, gelandangan, pengemis jalanan dan masalah sosial yang melibatkan remaja menyebabkan pentingnya penguasaan piawaian pendidikan kerja sosial agar pelajar mampu mencapai kompetensi kerja sosial. Kepelbagaian bidang tugas pekerja sosial ini memerlukan pelajar program kerja sosial memerlukan latihan yang komprehensif dan terlatih untuk menjadi pekerja sosial. Penyediaan kurikulum adalah perlu menepati ciri-ciri program kerja sosial yang berkesan ke atas pelajar agar mereka kompetensi dalam praktis kerja sosial. Satu kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti ciri-ciri program kerja sosial yang ditawarkan di universiti mampu memenuhi piawaian pendidikan kerja sosial oleh CSWE. Kemampuan pelajar menguasai piawaian pendidikan kerja sosial ini akan melahirkan pekerja sosial yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam penyampaian perkhidmatan ke atas individu, kumpulan dan komuniti. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan melibatkan seramai 279 orang pelajar tahun akhir yang mengikuti program kerja sosial di universiti awam. Dapatan kajian menunjukkan, pelajar telah mengikuti ciri-ciri program kerja sosial yang ditawarkan di universiti awam selaras dengan piawaian pendidikan kerja sosial sebagai profesional, nilai dan etika kerja sosial dan kepelbagaian klien.

Item Type:Article
Keywords:Piawaian pendidikan kerja sosial; Program kerja sosial; Kompetensi kerja sosial
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19855
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Sep 2022 00:55
Last Modified:26 Sep 2022 07:18

Repository Staff Only: item control page