Noorazuan Md Hashim, and Zaini Sakawi, and Lam, Kouk Choy and Mokhtar Jaafar, and Rosniza Aznie Che Rose, and Nor Hasyifa Ahmad, (2019) Penentuan model adaptasi terhadap kemudahterancaman kenaikan aras laut di Selangor, Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (4). pp. 1-15. ISSN 1823-884x
|
PDF
609kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1185
Abstract
Salah satu cabaran dalam pengurusan bencana di Malaysia adalah usaha untuk memperkuatkan daya tahan (resilience) di kalangan penduduk yang terdedah kepada bahaya persekitaran. Perbincangan mengenai keupayaan masyarakat terhadap sebarang penyesuaian atau adaptasi terhadap bencana persekitaran masih lagi dalam perdebatan samada penyelidik di dalam mahupun di luar negeri. Kajian ini bertujuan untuk menentukan model adaptasi tingkah laku penyesuaian masyarakat pesisir pantai di Selangor terhadap kenaikan aras laut agar faktor yang terlibat dikenalpasti dan diurus untuk mencapai matlamat pembangunan mampan. Secara teorinya, tingkah laku adaptasi ditentukan oleh empat faktor utama, iaitu pengetahuan, kesedaran, persepsi terhadap kenaikan aras laut dan juga latarbelakang sosioekonomi masyarakat pesisir pantai. Kajian ini melibatkan 1050 responden yang dipilih secara persampelan rawak berstrata. Data yang diperoleh melalui temuduga berstruktur dengan menggunakan soal selidik ini dianalisis menggunakan kaedah Model Persamaan Berstruktur (SEM). Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek latar belakang pendidikan masyarakat, kesedaran serta aspek sosioekonomi mempunyai kesan positif terhadap amalan penyesuaian atau adaptasi penduduk pesisir terhadap bencana persekitaran. Nilai RMSEA, RMSR dan CFI juga telah menunjukkan kriteria model yang baik dan dianggap sesuai dan boleh diterima. Adalah didapati konstruk pengetahuan, kesedaran dan persepsi telah menunjukkan nilai korelasi yang tinggi (r> 0.900, p = 0.05). Faktor sosioekonomi penduduk juga dianggap penting dalam memberikan kesan yang positif terhadap amalan penyesuaian terhadap bencana kenaikan aras laut. Adalah dicadangkan bahawa tahap pengetahuan dan sosioekonomi masyarakat perlu ditingkatkan oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan tahap kemudahterancaman mereka di masa akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Adaptasi; Kenaikan aras laut; Komuniti persisir; Kemudahterancaman; Persepsi; Perubahan iklim |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 19861 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Sep 2022 01:43 |
Last Modified: | 26 Sep 2022 07:24 |
Repository Staff Only: item control page