Implikasi dasar pengurusan warga asing di Malaysia

Mohd Faisal Anuar, and Mohd Ikbal Mohd Huda, (2022) Implikasi dasar pengurusan warga asing di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (2(SI)). pp. 71-95. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
421kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1469

Abstract

Undang-undang dan dasar-dasar hal ehwal imigresen berkenaan kemasukan serta keberadaan warga asing di Malaysia telah menetapkan bahawa mana-mana warga asing yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja boleh memasuki dan berada di Malaysia. Walau bagaimanapun, kebanjiran warga asing terutamanya di kawasan ibu kota dan bandar sering dibangkitkan dan menjadi perhatian rakyat di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan pelaksanaan dasar-dasar pengurusan warga asing yang melibatkan kemasukan dan keberadaan warga asing di Malaysia. Kajian ini telah dijalankan secara kualitatif iaitu maklumat dan data utama diperolehi melalui sumber sekunder seperti jurnal secara atas talian berkaitan warga asing dan migrasi, akhbar secara atas talian, terbitan agensi Kerajaan sama ada secara atas talian dan fizikal. Kajian mendapati bahawa implikasi dasar pengurusan warga asing dapat dilihat di dalam kedua-dua konteks iaitu positif dan negatif. Bagi konteks positif, kajian mendapati bahawa dasar pengurusan warga asing memberikan impak positif kepada ekonomi negara yang melibatkan keperluan buruh, pelancongan dan pendidikan. Bagi konteks negatif pula, kajian mendapati dasar pengurusan warga asing juga memberikan impak negatif kepada keselamatan yang melibatkan jenayah indeks dan penyakit berjangkit. Selain itu, sistem pengurusan yang lemah dan tidak memenuhi aspek keselamatan memberikan impak negatif kepada pengurusan warga asing di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Warga asing; Malaysia; PATI; Migrasi; Keselamatan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19877
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Sep 2022 07:02
Last Modified:26 Sep 2022 08:08

Repository Staff Only: item control page