Tanggapan etnik Melayu terhadap PAs dan UMNO di kawasan Parlimen Kangar, Perlis

Muhammad Marwan M.Shukrimun, and Supyan Hussin, and Asma Hakimah Ab. Halim, and Awang Sariyan, (2022) Tanggapan etnik Melayu terhadap PAs dan UMNO di kawasan Parlimen Kangar, Perlis. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (2(SI)). pp. 204-221. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
298kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1469

Abstract

UMNO dan PAS dikenali sebagai parti politik orang Melayu. Namun keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) terhadap dua parti ini menunjukkan tahap sokongan merosot agak ketara. Buat pertama kali dalam sejarah negara, BN yang diketuai UMNO tumbang dalam (PRU14). Kerusi PAS juga berkurangan daripada 21 kerusi kepada 18 kerusi. Banyak kerusi yang gagal dipertahankan termasuklah kawasan yang memiliki jumlah pengundi Melayu yang ramai. Artikel ini bertujuan melihat tahap sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO dan PAS. Kajian dilakukan menggunakan kaedah bercampur, iaitu gabungan melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif, melibatkan responden di Parlimen Kangar dan juga pemegang taruh politik dan juga pakar politik negara. Kajian mendapati rata-rata pengundi Melayu masih mengundi parti berteraskan Melayu seperti UMNO dan PAS. Faktor identifikasi parti masih menebal di kalangan pengundi Melayu. Malah sekiranya PAS dan UMNO bekerjasama sebagai sebuah gabungan parti politik, mereka berkemungkinan besar akan menang dalam PRU-14. Walaubagaimanapun, isu-isu yang berbangkit seperti 1MDB dan GST pada PRU-14 turut mempengaruhi sebilangan pengundi Melayu untuk menolak kedua parti tersebut. Kesimpulannya, tanggapan bahawa PAS dan UMNO sebagai parti yang mewakili kepentingan Melayu masih kuat di kalangan pengundi Melayu, namun ia perlu diperhalusi agar mendapat sokongan yang optimum. Kajian lanjut juga perlu dilakukan terutama terhadap pengundi di lapangan yang berbeza.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan raya; PRU-14; UMNO; BN; PAS; Etnik Melayu
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19884
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Sep 2022 07:56
Last Modified:26 Sep 2022 08:21

Repository Staff Only: item control page