Pengaruh Gerakan Islam ABIM (1970-2000) : implikasinya terhadap perkembangan dakwah di Malaysia

Siti Ruzana Ab Ghani, and Rahilah Omar, and Azlizan Mat Enh, and Russli Kamaruddin, (2022) Pengaruh Gerakan Islam ABIM (1970-2000) : implikasinya terhadap perkembangan dakwah di Malaysia. AKADEMIKA, 92 (2). pp. 57-70. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
283kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1465

Abstract

Kebangkitan Islam di negara-negara umat Islam luar telah mempengaruhi kebangkitan semula Islam di Malaysia. Artikel ini berusaha untuk mengetengahkan ABIM sebagai gerakan Islam yang bergerak secara aktif dalam usaha-usaha dakwah Islamiah. Pengalaman-pengalaman gerakan Islam luar menjadikan ABIM mengambil pendekatan dakwah mengikut acuan Malaysia.Gerakan Islam ABIM merupakan gerakan belia Islam yang dianggap sebagai pendakwah di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Kajian ini akan cuba melihat pengaruh gerakan Islam ABIM di Malaysia dan tumpuan adalah terhadap masyarakat Melayu sehingga tahun 2000. Di samping itu kajian ini akan mengemukakan implikasi pendekatan dakwah ABIM dan kesannya ke atas kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan disiplin sejarah iaitu memberikan tumpuan utama kepada sumber primer dan penggunaan sumber sekunder. Antara sumber primer yang dirujuk dan dianalisis kandungannya dalam kajian ini termasuklah dokumen rasmi, fail-fail ABIM, laporan-laporan tahunan, perlembagaan, akhbar dan teks ucapan rasmi pemimpin serta temubual. Hasil kajian mendapati bahawa pengaruh gerakan Islam ABIM telah mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia khususnya golongan belia. Ini kerana gerakan Islam ABIM telah menekankan penghayatan dan pengamalan cara hidup Islam berlandaskan Al Quran dan As Sunnah. Selain itu, pendekatan dakwah gerakan Islam ABIM juga telah membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat Melayu ke arah cara hidup yang ad-Din. Di samping itu, pengaruh ABIM telah membawa kepada pelaksanaan ‘penerapan dasar-dasar Islam’ dalam pentadbiran kerajaan di negara kita.

Item Type:Article
Keywords:Sejarah Islam; ABIM; Pendekatan keMalaysiaan; Penglibatan; Masyarakat Melayu
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19892
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2022 01:19
Last Modified:27 Sep 2022 09:27

Repository Staff Only: item control page