Prospek perluasan liabiliti takaful motor di Malaysia menurut perspektif syariah

Shahidra Abdul Khalil, and Asmak Ab Rahman, and Muhammad Wafiuddin Rosli, (2022) Prospek perluasan liabiliti takaful motor di Malaysia menurut perspektif syariah. AKADEMIKA, 92 (2). pp. 71-84. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
359kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1465

Abstract

Institusi takaful memainkan peranan yang sangat signifikan dalam menjelaskan ganti rugi terhadap mangsa kemalangan jalan raya. Walau bagaimanapun, liabiliti wajib bagi syarikat takaful di Malaysia dalam hal ini adalah tidak menyeluruh kepada semua golongan mangsa. Batasan liabiliti yang dibenarkan oleh undang-undang telah dikritik sebagai suatu ketidakadilan terhadap pembelaan hak mangsa kemalangan jalan raya, Berdasarkan literatur, pelbagai cadangan pembaharuan diutarakan termasuklah perluasan liabiliti syarikat insurans atau takaful. Oleh kerana itu, artikel ini bertujuan membincangkan potensi perluasan liabiliti seperti yang dicadangkan. Persoalan sejauh mana perluasan liabiliti wajar dilaksanakan dibincangkan terlebih dahulu. Rujukan dibuat terhadap amalan pembayaran diyat oleh ‘aqilah yang merupakan asas pengoperasian takaful di zaman moden. Data kajian diperolehi melalui kajian perpustakaan dan temu bual separa struktur dengan tiga syarikat takaful motor terpilih. Analisis data pula dilakukan secara tematik dan deskriptif. Kajian mendapati bahawa dalam perundangan Islam, liabiliti pihak ‘aqilah dalam menjelaskan diat kepada mangsa juga mempunyai limitasi yang tertentu. Prinsipnya ialah penjagaan maslahah pihak mangsa tidak boleh mendatangkan mafsadah pula kepada institusi ‘aqilah sebagai penanggung laibiliti beralih. Dalam konteks di Malaysia, walaupun perlindungan yang diwajibkan dalam undang-undang tidak menyeluruh, didapati bahawa syarikat takaful telah menawarkan perlindungan tambahan yang bersifat pilihan bagi mangsa yang tidak dilindungi dalam pelan perlindungan asas. Walau bagaimanapun, kesedaran pemegang polisi terhadap produk ini masih rendah dan perlu dipertingkatkan. Dalam perkembangan semasa, keputusan Bank Negara Malaysia melaksanakan liberalisasi tarif insurans motor telah membuka ruang bagi inovasi produk perlindungan takaful yang lebih menyeluruh buat semua mangsa kemalangan jalan raya di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Takaful motor; Pihak ketiga; Kemalangan jalan raya; Aqilah; Liberalisasi tarif
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19893
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2022 01:23
Last Modified:28 Sep 2022 15:21

Repository Staff Only: item control page