Gerakan antivaksin dan keperluan penyelesaian menurut perspektif undang-undang di Malaysia : suatu analisis

Siti Mahanisayu Marhaban, and Muhammad Hafiz Mohd Shukri, (2022) Gerakan antivaksin dan keperluan penyelesaian menurut perspektif undang-undang di Malaysia : suatu analisis. AKADEMIKA, 92 (2). pp. 97-112. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
302kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1465

Abstract

Kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa perkhidmatan vaksinasi yang diberikannya sejak awal tahun 1950-an adalah percuma dan bertujuan melindungi golongan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, tanggungjawab untuk memberikan imunisasi lengkap kepada anak-anak masih merupakan suatu pilihan yang diberi kepada ibu bapa atau penjaga dan tidak bersifat mandatori. Tambahan pula sejak kebelakangan ini, kemunculan gerakan yang bersifat antivaksin dilihat semakin berani menyebarkan fahaman salah mengenai keperluan vaksinasi kepada masyarakat terutamanya golongan ibu bapa. Justeru, penulisan ini bermatlamat menganalisis isu-isu perundangan yang timbul dalam konteks pemberian vaksin kepada kanak-kanak dan kewujudan gerakan antivaksin di Malaysia. Perkara-perkara penting yang dikupas dalam penulisan ini ialah keperluan pemberian vaksin kepada kanak-kanak, kewujudan gerakan antivaksin dan langkah-langkah kawalan terhadap penyebaran maklumat salah di Malaysia. Reka bentuk kajian perundangan tulen yang bersifa tkualitatif diaplikasikan dalam penulisan ini. Sumber data yang dikumpulkan adalah terdiri daripada sumber primer iaitu peruntukan statut dan kes-kes mahkamah di samping sumber sekunder seperti buku teks dan jurnal. Data-data terkumpul seterusnya dianalisis dengan mengaplikasikan kaedah analisis kandungan dan kaedah analisis kritikal. Hasil kajian menunjukkan bahawa kajian khusus mengenai gerakan antivaksin dan langkah pengawalannya dalam konteks undang-undang di Malaysia amat kurang dijalankan sebelum ini. Maka, penulis mencadangkan agar kajian terperinci dijalankan dengan memfokuskan penyelesaian terhadap isu-isu perundangan yang timbul akibat daripada kewujudan gerakan antivaksin menurut perspektif undang-undang di Malaysia. Penulis menjangkakan bahawa kajian perundangan yang dijalankan berdasarkan cadangan tersebut akan dapat memberikan sumbangan ilmu pengetahuan yang baharu dan penting terutamanya berkaitan aspek kawalan undang-undang terhadap kewujudan gerakan antivaksin.

Item Type:Article
Keywords:Antivaksin; Imunisasi; Imuniti kelompok; Kajian undang-undang; Maklumat salah
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19894
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2022 01:37
Last Modified:28 Sep 2022 15:23

Repository Staff Only: item control page