Kebarangkalian berkahwin lewat dalam kalangan generasi milenium di Malaysia

Siti Haizani Mat Delin, and Zaimah Ramli, (2022) Kebarangkalian berkahwin lewat dalam kalangan generasi milenium di Malaysia. AKADEMIKA, 92 (2). pp. 113-127. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
323kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1465

Abstract

Fenomena kahwin lewat telah menyumbang kepada ketidaksuburan dan ketidakseimbangan struktur umur dalam populasi penduduk di Malaysia. Jumlah populasi warga emas yang tidak diimbangi oleh kelahiran kanak-kanak menyebabkan negara bakal menjadi sebuah negara tua menjelang 2030. Generasi milenium yang merupakan 40 peratus daripada populasi penduduk adalah pendukung kepada aspirasi pembangunan dan kesejahteraan negara. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kebarangkalian berkahwin lewat, dan menganalisis faktor yang mempengaruhi kebarangkalian berkahwin lewat dalam kalangan generasi milenium. Sebanyak 285 pelajar prasiswazah warganegara Malaysia, bujang dan berumur 24 tahun ke bawah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dianalisis dalam kajian ini. Ujian regresi multinomial logistik digunakan bagi menentukan faktor yang mempengaruhi kebarangkalian generasi milenium untuk berkahwin lewat iaitu latar belakang diri dan keluarga, faktor sosioekonomi, faktor budaya dan perwatakan generasi milenium. Hasil kajian mendapati majoriti responden tidak pasti terhadap kebarangkalian berkahwin lewat. Analisis regresi multinomial logistik pula menunjukkan faktor sosioekonomi dan faktor budaya telah mempengaruhi kebarangkalian generasi milenium untuk berkahwin lewat. Manakala faktor budaya dan bapa yang berpendidikan sehingga sekolah rendah dan ke bawah telah mempengaruhi kebarangkalian generasi milenium untuk tidak pasti berkahwin lewat lebih tinggi daripada kebarangkalian tidak berkahwin lewat. Implikasi kepada kajian ini memerlukan pihak kerajaan dan pihak berkepentingan meningkatkan kesedaran generasi milenium terhadap kepentingan perkahwinan demi memastikan kelangsungan sumber manusia negara. Perhatian khusus kepada faktor-faktor yang menyebabkan kebarangkalian kahwin lewat juga perlu diperhalusi dan diambil tindakan sewajarnya.

Item Type:Article
Keywords:Perkahwinan lewat; Generasi milineal; Ekonomi; Budaya; Malaysia
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19895
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2022 02:01
Last Modified:28 Sep 2022 15:22

Repository Staff Only: item control page