Sastera rakyat daripada perspektif kearifan tempatan dan potensinya kepada pelancongan budaya di Sarawak

Dilah Tuah, (2022) Sastera rakyat daripada perspektif kearifan tempatan dan potensinya kepada pelancongan budaya di Sarawak. AKADEMIKA, 92 (2). pp. 153-168. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1465

Abstract

Sastera rakyat merupakan sebahagian daripada budaya rakyat yang merangkumi semua aspek kehidupan. Pada awalnya sastera rakyat atau sastera lisan tersebar dari mulut ke mulut sebelum ia diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Salah satu daripada sastera rakyat yang popular ialah cerita rakyat, kerana bentuknya yang bersifat universal dan hampir dimiliki oleh semua masyarakat di dunia. Di Sarawak, cerita-cerita rakyat etnik peribumi terdiri daripada cerita asal usul, mitos dan legenda sesuatu tempat yang sebahagianya merupakan destinasi pelancongan utama di negeri ini. Bertitik tolak daripada itu, penelitian ini dijalankan untuk mendapatkan data mutakhir potensi cerita rakyat daripada perspektif kearifan tempatan kepada industri pelancongan budaya di Sarawak. Bagi mendapatkan data kajian, kaedah penyelidikan kualitatif berasaskan analisis teks telah diguna pakai dalam kajian ini. Sebanyak empat buah cerita rakyat Sarawak daripada Antologi Cerita Rakyat Sarawak: Telichu dan Telichai (2020) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka telah dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan cerita rakyat sememangnya berpotensi menjadi alat untuk mempromosikan pelancongan budaya di Sarawak. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan nilai kearifan tempatan yang terkandung di dalam cerita-cerita rakyat Sarawak mempunyai nilai komersial yang mampu dipasarkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Di sisi yang lain, kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada para pemegang taruh industri pelancongan Sarawak, dalam merangka strategi baharu bagi memajukan industri pelancongan budaya di negeri ini.

Item Type:Article
Keywords:Sastera rakyat; Cerita rakyat; Kearifan tempatan; Budaya; Sarawak
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19898
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2022 03:18
Last Modified:28 Sep 2022 15:11

Repository Staff Only: item control page